[do_widget id=text-1010]

 

PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN (PSK) DI KEDA

Latar Belakang Program

Projek Pembangunan Semula Kawasan (PSK) di KEDA merupakan keterangkuman beberapa projek yang pernah dilaksanakan oleh KEDA. PSK ialah projek integrasi yang melibatkan 3 komponen pembangunan utama iaitu komponen fizikal, ekonomi dan modal insan di dalam satu kawasan yang khusus.

Fokus utama pembangunan melibatkan beberapa kawasan terpinggir yang berdekatan dengan sempadan Thailand, Banjaran Titiwangsa, persisiran pantai serta kawasan yang mundur, terpencil dan terbiar yang masih kurang menerima pembangunan secara menyeluruh berbanding kawasan-kawasan sekitarnya. Kawasan yang dipilih merupakan kawasan dalam Wilayah KEDA.

Objektif Program

Projek pembangunan yang dirancang secara bersepadu dan komprehensif bertujuan menghapuskan kemiskinan tegar dan menjana pendapatan serta mempercepatkan pembangunan di kawasan terpencil dan mundur secara holistik merangkumi semua aspek. Projek ini dijangka akan membawa transformasi pembangunan kepada kawasan tersebut secara holistik.

Skop dan Komponen Projek

Skop projek ini merangkumi 3 komponen utama iaitu:

  • Membina / menaik taraf prasarana dan ameniti sosial serta jalan perhubungan desa
  • Projek pembangunan ekonomi berasaskan sumber setempat seperti pertanian, ternakan dan perniagaan
  • Pembangunan modal insan, moblisasi dan kesedaran masyarakat serta latihan dalam bidang berasaskan sumber setempat.

Komponen 1: Membina / Menaik Taraf Prasarana dan Ameniti Sosial serta Jalan Perhubungan Desa

  • Taman Kelulut, Kg. Che Bema, Sg. Petani
  • Pembinaan Jeti Terapung, Kg. Pengkalan Batu Lintang, Sg. Petani
  • Pembinaan Asrama, Bilik Kuliah dan ICT Kg. Che Bema, Sg. Petani
  • Pembinaan Surau Terbuka dan Homestay, Kg. Che Bema, Sg. Petani

Komponen 2: Projek Pembangunan Ekonomi Berasaskan Sumber Setempat seperti Pertanian, Ternakan dan Perniagaan

  • Projek Tanaman Tiram Cendawan, Desa KEDA Leret, Bandar Baharu
  • Projek Ternakan Tiram, Kg. Bukit Meriam, Sg. Petani
  • Projek Ternakan Kibas dan Lembu, Kg. Permatang Pasir, Bandar Baharu
  • Perniagaan Kuih Tradisional Karipap Pusing, Kg. Che Bema, Sg. Petani
  • Perniagaan Kuih Tradisional, Kg. Che Bema, Sg. Petani
  • Bantuan Kiosk Ayam Goreng, Kg. Che Bema, Sg. Petani

Komponen 3: Pembangunan Modal Insan, Mobilisasi dan Kesedaran Masyarakat

serta Latihan dalam Bidang Berasaskan Sumber Setempat

  • Lawatan Pendedahan Peserta PSK Kg. Che Bema dan PSK Kg. Pengkalan Batu Lintang ke Kg. Lonek, Negeri Sembilan dan Kg. Sg. Lang Tengah, Selangor
  • Majlis Perasmian Jeti Terapung, Bot Pelancongan dan Koperasi Kg. Pengkalan Batu Lintang Berhad oleh YB Menteri KKLW di Kg. Pengkalan Batu Lintang, Sg. Petani

Projek PSK secara keseluruhannya berkesan dalam mengurangkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar di samping mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang. Berdasarkan Laporan Kajian Outcome Projek PSK di Bandar Baharu dan Kulim, Kedah bagi tahun 2013, projek ini berjaya meningkatkan kualiti hidup melalui kemudahan prasarana dan ameniti sosial dalam memastikan kelangsungan pembangunan.

Selain itu, projek ini jugadapat mengurangkan kemiskinan tegar dan mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan mundur, terpencil dan terbiar melalui aktiviti pertanian, ternakan dan perniagaan serta diperkukuhkan dengan perlaksanaan aktiviti pembangunan modal insan bagi membolehkan golongan sasar lebih bermotivasi dan berkemahiran.

Font Resize
Contrast