[do_widget id=text-1010]

 

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)


Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Mohamad Noorazam bin Jaafar

Tel : +604-7205305
Emel : azam@keda.gov.my

Peranan dan Tanggungjawab:

* Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT KEDA menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
* Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT KEDA bagi tujuan audit keselamatan ICT;
* Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT KEDA yang perlu diberikan perhatian rapi;
* Memastikan tahap keselamatan ICT KEDA adalah terjamin setiap masa;
* Memastikan semua warga KEDA memahami keperluan standard, garispanduan dan prosidur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
* Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di KEDA;
* Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garispanduan dan prosedur keselamatan ICT di KEDA;
* Melaporkan kepada GCERT MAMPU mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di KEDA;
* Membantu dalam membangunkan standard, garispanduan dan prosidur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di KEDA bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
* Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di KEDA;
* Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT KEDA; dan
Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di KEDA.

Font Resize
Contrast