KEDA SERTAI BOOTH PAMERAN KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2023

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyertai Karnival Usahawan Kedah 2023 dan Jelajah Makan By Kak Nab di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini hari ini.

Booth pameran KEDA antara yang mendapat perhatian pengunjung bagi mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan kursus bimbingan dan bantuan-bantuan yang disediakan kepada usahawan-usahawan di Kedah.

Program anjuran Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan Negeri Kedah untuk mendapat nasihat perniagaan dan peluang perniagaan serta bantuan pinjaman, kursus, bengkel dan program keusahawanan yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi.

Pengunjung yang hadir melibatkan usahawan-usahawan bimbingan agensi, golongan belia, pengusaha produk makanan dan minuman dan penduduk sekitar.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung adalah kaunter khidmat nasihat perniagaan, pemeriksaan kesihatan, sesi perkongsian maklumat antara agensi dan usahawan, sesi pemadanan perniagaan serta booth jualan produk dan perkhidmatan.

Turut diadakan Pertandingan E-Sport, Ceramah Perdana dan Persembahan Nasyid, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Cabutan Bertuah dan jualan makanan dan minuman viral Kak Nap Vendors.

Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember 2023 melibatkan 70 usahawan dan booth agensi yang sertai karnival ini.

Karnival Usahawan Kedah 2023 sasar 30,000 pengunjung memeriahkan program ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar