[do_widget id=text-1010]

 

Latar Belakang KEDA

Pendahuluan

KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu  mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan operasi KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan  kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.
Dalam RMKe10, fokus pembangunan KEDA meliputi program pembangunan wilayah dan ke arah biaya diri. Aspek pembangunan wilayah merangkumi pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan khususnya di kawasan pedalaman yang kurang maju dan terpencil. Manakala ke arah biaya diri KEDA melibatkan inisiatif penubuhan anak syarikat beserta subsidiari di bawahnya.

Dasar Kualiti

KEDA komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang  cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat “MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR”

Moto

“Mensejahterakan Luar Bandar”

Font Resize
Contrast