[do_widget id=text-1010]

Unit Perundangan Dan Penguatkuasaan

Ketua Unit Perundangan dan Penguatkuasaan

Mohd Azam bin Omar

Tel : +604-7205426
Faks : +604-7303442
Emel : mohdazam@keda.gov.my

Perundangan/Pentadbiran

  • Menyedia dan menyemak ulasan/pandangan undang-undang mengenai isu undang-undang berkenaan KEDA dan dalam menjalankan fungsi KEDA.
  • Menyedia, menyemak dan menguruskan kesemua dokumentasi perundangan meliputi perjanjian, dokumen kontrak perolehan agensi dan memorandum persefahaman (MoU) serta lain-lain dokumen yang mempunyai implikasi perundangan antara KEDA dan agensi kerajaan/swasta.
  • Memberi khidmat nasihat, maklum balas dan tindakan perundangan atas isu/kes perundangan yang dirujuk oleh Pengurusan KEDA dan pegawai KEDA di Bahagian/Unit/Zon merangkumi pelbagai perkara termasuk hal-hal pentadbiran, prosedur, garis panduan dan penguatkuasaan.
  • Menjalankan penyelidikan/kajian/penggubalan mengenai apa-apa perkara undang-undang yang berkaitan dengan arahan, peraturan, tatacara, garis panduan dalaman untuk digunapakai KEDA serta proses kerja agensi mengikut arahan Pengurusan KEDA.
  • Menyelaras dengan panel-panel peguam yang telah dilantik bagi memastikan setiap arahan berhubung dengan urusan perundangan dan perjanjian dilaksanakan dengan sempurna.
  • Memastikan setiap kes berkaitan dengan KEDA diteliti secara terperinci dan mengikut prosedur-prosedur undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Akta 249 dan Undang-Undang yang berkaitan.
  • Menguruskan saman di Mahkamah sama ada saman yang dijalankan oleh KEDA atau saman ke atas KEDA.
  • Menghadiri mesyuarat, perbincangan dan konsultasi dengan semua bahagian/unit/zon dan agensi kerajaan/swasta.
  • Menyediakan jawapan berkenaan isu undang-undang bagi soalan lisan/bukan lisan Parlimen/Dun yang dibangkitkan.
  • Mengendalikan surat menyurat Unit serta mengemaskini fail Unit.
  • Mendaftar/merekod semua surat menyurat yang diterima setiap hari.

Penguatkuasaan

  • Mengendali dan menguatkuasa perintah atau penghakiman Mahkamah yang diperolehi dari proses perundangan meliputi urusan penyitaan, penjualan, distress, pemilikan dan lain-lain arahan yang bersangkutan dengan keputusan dari proses perundangan di Mahkamah yang telah diperolehi.
  • Mengendali dan menyelaras perkara yang berkaitan dengan kes-kes perbicaraan Mahkamah dan menguruskan kes dengan panel peguam yang dilantik bagi memastikan setiap arahan berhubung dengan urusan kes yang dirujuk dengan dilaksanakan mengikut arahan.
  • Mengendalikan sesi mediasi untuk menyelesaikan kes-kes tanpa perlu dibawa ke Mahkamah.
  • Mengendalikan dan menguatkuasa peraturan/arahan KEDA yang berkuatkuasa mengikut arahan Pengurusan KEDA.
Font Resize
Contrast