Web Content Display Web Content Display

PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN KEDA

Latar Belakang Program

Dalam tempoh RMK 11, Kolej KEDA akan terus menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi latihan dalam bidang kemahiran Vokasional dan latihan pembangunan masyarakat dengan meningkatkan peluang masyarakat menyertai latihan kemahiran.

Objektif Program

  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dan diiktiraf dalam bidang tertentu bagi pasaran buruh dan pewujudan usahawan baru.
  • Memberi maklumat, ilmu pengetahuan dan teknologi baru kepada kumpulan sasar dalam pelbagai bidang kegiatan ekonomi.
  • Menambah baik serta mengembangkan kemahiran kumpulan sasar dalam bidang kerjaya yang diceburi.
  • Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengurusan kumpulan sasar dalam mengendalikan projek yang dijalankan.

Skop dan Komponen Program

  • Kursus Kemahiran Vokasional
  • Kursus Pembangunan Komersial (Jangka Pendek)
  • Penyelenggaraan / Naik Taraf Bangunan Kolej KEDA

 

  1. Kursus Kemahiran Vokasional

Kursus yang ditawarkan di Kolej KEDA

  1. Teknologi Motosikal Tahap 1,2 dan 3
  2. Teknologi Kimpalan Tahap 1,2 dan 3
  3. Teknologi Makanan Tahap 1,2 dan 3
  4. Teknologi Elektrik Tahap 2, 3 & PW2
  5. Teknologi Fabrik Lelaki 1 & 2
  6. Teknologi Fabrilk Wanita 1, 2 & 3
  7. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara Tahap 2 & 3

 

  1. Kursus Pembangunan Komersil (Jangka Pendek)

Kursus Kursus Pembangunan Komersial (Jangka Pendek) merupakan kursus jangka pendek yang dijalankan dalam tempoh 1 hingga 10 hari untuk kumpulan sasar KEDA dan Kolej KEDA serta penduduk luar bandar bagi tujuan:

  • membentuk pemikiran positif peserta ke arah biaya diri dan keusahawanan
  • memberi pendedahan tentang kaedah dan teknologi terkini dalam sesuatu bidang
  • memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang praktikal kepada peserta
  • menyuntik minat peserta untuk mendalami bidang yang diceburi
  • meningkatkan keyakinan dan motivasi diri peserta.

 

  1. Penyelenggaraan / Naik Taraf Bangunan Kolej KEDA

Kolej KEDA turut menjalankan aktiviti penyelenggaraan / naiktaraf bangunan mengikut aktiviti seperti berikut :

  1. Pendawaian semula elektrik di bangunan pentadbiran
  2. Pembinaan tangki air dan sistem paip
  3. Perpustakaan
  4. Tandas Awam
  5. Lanskap dan penyelenggaraan kawasan
  6. Pelebaran dan penukaran pembentung jalan
  7. Menaiktaraf gelanggang futsal
  8. Membina tambahan dewan makan & gabion
  9. Asrama Lelaki
  10. Pusat Latihan Sungai Seluang
  11. Pembaikan dan penyelenggaraan bangunan sedia ada
  12. Lain-lain