Program Kecemerlangan Pendidikan

Apakah skop bantuan yang diberikan di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan?

 

Jawapan: Skop bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar adalah bagi meningkatkan kecemerlangan akademik seperti mengikuti :

i) Kelas Tuisyen

ii) Kursus Teknik Pembelajaran

iii) Kursus Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan

iv) Motivasi Pelajar

v) Kem Sahsiah


Kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya?

Bagaimana untuk peserta yang layak boleh mengikuti Kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya?

 

Jawapan: Bagi mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan Memohon terus melalui Ibu Pejabat (Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan) dan Pejabat Pembangunan Zon.


Bentuk Bantuan yang boleh diberikan di bawah Program Peningkatan Pendapatan

Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan di bawah Program Peningkatan Pendapatan?

 

Jawapan:Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut :-

a) Kursus persediaan/latihan pra pelaksanaan projek

b) Peralatan/mesin

c) Premis/bengkel/ruang niaga