Skop Projek Ekonomi di bawah Program Peningkatan Pendapatan

Apakah skop projek ekonomi di bawah Program Peningkatan Pendapatan?

 

Jawapan: Projek-projek ekonomi yang boleh dijalankan di bawah PPP adalah berasaskan :

a) Perusahaan Sumber Asas Tani

b) Perniagaan Kecil-kecilan

c) Aktiviti Perkhidmatan

d) Aktiviti Pertanian


Program Peningkatan Pendapatan

Siapakah yang layak untuk mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan?

 

Jawapan: Mereka yang layak menerima bantuan perlu memenuhi ciri-ciri berikut :-

i) Terdiri daripada golongan miskin tegar luar bandar

ii) Berdaftar dalam Sistem e-Kasih

iii) Berusia tidak lebih dari 65 tahun

iv) Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan projek yang dipohon


Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

Siapakah kumpulan sasar bagi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya?

 

Jawapan : Kumpulan sasar bagi pelaksanaan PLKK terdiri daripada golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih seperti berikut :-

a) Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang produktif

b) Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang tidak bersekolah dan tidak bekerja

c) Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif

d) Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal

e) Suri Rumah (SR)/AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR yang kurang upaya.