Polls Display Polls Display

Undian Tahap Kepuasan Sistem Penyampaian dan Khidmat Pelanggan KEDA?

Web Content Display Web Content Display

RINGKASAN PROFAIL PENGURUS BESAR KEDA

 

a) Perkhidmatan Tuan Haji Arifuddin bin Habib di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula seawal Januari 1982 (36tahun).  Sepanjang tempoh tersebut beliau telah bertugas dan menjawat pelbagai jawatan sama ada di Ibu Pejabat dan juga di Pejabat-pejabat Pembangunan Zon (Daerah) sehingga kini dilantik sebagai Pengurus Besar KEDA.

b) PENGURUS BESAR KEDA /GRED JUSA C yang ke 8  dan bertanggungjawab kepada YB Menteri KPLB  dan Pengerusi  serta Ahli Lembaga Pengarah KEDA.

c) Kuasa dan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan adalah :

  • Mengetuai pengurusan KEDA selaku Ketua Eksekutif/Pegawai  Pegawal
  • Mengurus dan mengendalikan pentadbiran serta menjalankan operasi atau pelaksanaan program-program, aktiviti-aktiviti KEDA secara keseluruhan sepertimana termaktub dalam Akta 249 (Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) 1981), merangkumi perkara-perkara berikut:

i) Merancang dan menyelia program, skim atau projek untuk pertimbangan Lembaga dan         Kementerian Pembangunan  Luar Bandar (KPLB).

ii) Merancang, menyedia dan mengemukakan Anggaran Belanjawan     termasuk Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan     bagi  satu tahun untuk pertimbangan Lembaga, Agensi Pusat     dan YB Menteri KPLB.

iii) Mentadbir, mengurus dan melaksanakan segala program, skim atau projek Lembaga.

iv) Mengurus dan mentadbir kakitangan, pejabat dan aset-aset Lembaga.

v) Mentadbir dan menguruskan kumpulan wang, dana di bawah Lembaga.

vi) Melaksanakan semua keputusan-keputusan Lembaga dan arahan- arahan Pengerusi, YB Menteri KPLB dari semasa ke semasa.

  • Mengurus dan mentadbirkan segala peruntukan Belanjawan Tahunan yang telah diluluskan oleh Agensi Pusat dan YB Menteri KPLB dari semasa ke semasa.

d) Sumbangan Terhadap Jabatan dan Masyarakat

  • Terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam pelbagai tugasan dan program yang melibatkan pengurusan dan kumpulan sasar amnya.
  • Mengurus selia program pembangunan serta operasi di sekitar wilayah KEDA

    Maklumat Isteri dan Ahli Keluarga
    a)  Isteri - Pn Noor'aini bt Osman
    b) Anak - Arni Shauqina bt Arifuddin
                   Arif Safwan bin Arifuddin
                   Mohammad Arif Shauqi bin Arifuddin
                   Muhammad Arif Shamim bin Arifuddin
                   Muhammad Arif Shazwi  bin Arifuddin