Hubungi Kami | Soalan Lazim |Pautan | Bantuan | Peta Laman | Maklumbalas  
     
 
Kandungan Jurnal
Tarikh Kemaskini
02 Februari 2012 11:55 AM
 
 
 
PEMBANGUNAN USAHAWAN
print unread

Matlamat

Fokus utama program ini adalah untuk menggalakkan dan membantu pembangunan IKS melalui Taman IKS yang bersepadu di Wilayah Kedah serta melaksanakan Program Pembangunan Usahawan ke arah pengwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) selaras dengan kehendak Misi Nasional (2006 - 2020).

Di samping itu, KEDA turut memfokuskan kepada :-

  • * Memberi pendedahan serta membentuk usahawan baru menjadi lebih kreatif, inovatif dari aspek penjenamaan, pembungkusan serta pelabelan.
  • * Menyediakan medan promosi yang lebih efektif kepada usahawan Bumiputera di samping membentuk jaringan perniagaan di kalangan usahawan.

Komponen Program

  • * Pusat Maklumat
  • * Kemudahan Infrastruktur
  • * Skim Pinjaman Mesin dan Peralatan
  • * Bantuan Promosi Pasaran
  • * Pembangunan Usahawan
  • * Pembangunan Wanita

Pusat Maklumat

Pusat Maklumat Usahawan KEDA berperanan sebagai pusat maklumat, rujukan, memberi khidmat nasihat serta menyediakan tapak pameran bagi produk usahawan.

Kemudahan Infrastruktur

KEDA memberi tumpuan dalam membangunkan beberapa kawasan di pekan-pekan kecil luar bandar sebagai kawasan perusahaan untuk industri kecil dan sederhana.

Kawasan ini dibangunkan dengan premis bangunan industri/bengkel kecil, gerai dan kedai dilengkapi dengan bekalan elektrik, air dan talian telefon untuk disewakan kepada pengusaha industri luar bandar dengan kadar sewa yang berpatutan sebagai permulaan perniagaan.

Komponen ini merangkumi :-

  • * Kedai/gerai untuk disewa
  • * Bangunan/bengkel untuk disewa
  • * Lot industri untuk dijual/pajakan bagi tempoh 60 tahun

Skim Pinjaman Mesin dan Peralatan

Skim Pinjaman Mesin dan Peralatan merupakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha industri luar bandar yang disalurkan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawah agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Skim ini diwujudkan bertujuan :-

  • * Meningkatkan tahap automasi dan produktiviti industri.
  • * Menyediakan pinjaman mudah dengan kadar pembayaran balik yang rendah.
  • * Menggalakkan pembangunan usahawan luar bandar dalam bidang industri yang berpotensi.

Halaman: 1  2  3  

Bookmark and Share
Paparan : 7577
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 Mei 2011
 
     
Capaian Pengguna Kurang Upaya    Teks Kepada Suara    Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang    Kecilkan Saiz Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Saiz Tulisan    Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang 5 Latar Belakang 6 Latar Belakang 7 Latar Belakang 8 Latar Belakang 9    RSS FEED FACEBOOK