Hubungi Kami | Soalan Lazim |Pautan | Bantuan | Peta Laman | Maklumbalas  
     
 
Breadcrumb
Kandungan Jurnal
Navigation
Tarikh Kemaskini
02 Februari 2012 11:55 AM
 
 
 
Soalan Lazim
Umum
Umum
Q : Siapakah yang layak untuk mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan?
A : Mereka yang layak menerima bantuan perlu memenuhi ciri-ciri berikut :- i) Terdiri daripada golongan miskin tegar luar bandar; ii) Berdaftar dalam Sistem e-Kasih; iii) Berusia tidak lebih dari 65 tahun; iv) Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan projek yang dipohon.
Q : Apakah skop projek ekonomi di bawah Program Peningkatan Pendapatan?
A : Projek-projek ekonomi yang boleh dijalankan di bawah PPP adalah berasaskan : a) Perusahaan Sumber Asas Tani b) Perniagaan Kecil-kecilan c) Aktiviti Perkhidmatan d) Aktiviti Pertanian
Q : Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan di bawah Program Peningkatan Pendapatan?
A : Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut :- a) Kursus persediaan/latihan pra pelaksanaan projek b) Peralatan/mesin c) Premis/bengkel/ruang niaga
Q : Siapakah kumpulan sasar bagi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya?
A : Kumpulan sasar bagi pelaksanaan PLKK terdiri daripada golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih seperti berikut :- a) Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang produktif b) Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang tidak bersekolah dan tidak bekerja c) Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif d) Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal e) Suri Rumah (SR)/AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR yang kurang upaya.
Q : Bagaimana untuk peserta yang layak boleh mengikuti Kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya?
A : Bagi mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan i) Memohon terus melalui Ibu Pejabat (Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan) dan Pejabat Pembangunan Zon.


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
 
     
Capaian Pengguna Kurang Upaya    Teks Kepada Suara    Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang    Kecilkan Saiz Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Saiz Tulisan    Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang 5 Latar Belakang 6 Latar Belakang 7 Latar Belakang 8 Latar Belakang 9    RSS FEED FACEBOOK