Pendahuluan
KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan operasi KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), KEDA dipertanggungjawapkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri desa dan keusahawanan, latihan kemahiran dan pembangunan modal insan.
Dasar Kualiti
KEDA komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat "PEMBANGUNAN SEIMBANG RAKYAT SEJAHTERA"
Moto
‘Pembangunan Seimbang Rakyat Sejahtera'