Hubungi Kami | Soalan Lazim |Pautan | Bantuan | Peta Laman | Maklumbalas  
     
 
Kandungan Jurnal
Tarikh Kemaskini
16 Mei 2012 08:16 AM
 
 
 
Perutusan Pengurus Besar
print unread

Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web KEDA.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) begitu berbesar hati mengalu-alukan setiap kunjungan. Selaku agensi yang diamanahkan untuk membangun masyarakat luar bandar di Negeri Kedah, KEDA sentiasa berusaha memberi maklumat dan perkhidmatan serta bersedia menerima maklumbalas dari para pengunjung.

Perkembangan pesat yang berlaku di peringkat global, ditambah dengan kepantasan kemajuan teknologi maklumat, telah mendorong kita supaya peka kepada perubahan. Sebagai sebuah agensi pembangunan, maklumat yang cepat dan tepat sangat penting untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Justeru itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar laman web ini dapat menyumbangkan kepada keperluan masa kini selaras dengan hasrat Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA).

Seterusnya saya mengalu-alukan pandangan pengunjung demi memantapkan lagi laman web untuk faedah bersama.



Wassalam


Dato' Haji Mohd Arpan bin Shari
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

 

Bookmark and Share
Paparan : 9880
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 Mei 2011
 
     
Capaian Pengguna Kurang Upaya    Teks Kepada Suara    Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang    Kecilkan Saiz Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Saiz Tulisan    Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang 5 Latar Belakang 6 Latar Belakang 7 Latar Belakang 8 Latar Belakang 9    RSS FEED FACEBOOK