Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
KEDA telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Program SPKR di Negeri Kedah yang melibatkan lima program di SPKR.
Definasi:
Kategori rakyat termiskin adalah pendapatan kurang daripada RM416.00 sekeluarga sebulan.
Objektif:
- Menyediakan rumah untuk rakyat termiskin yang berpendapatan kurang daripada RM416.00
- Memperuntukan projek ekonomi seperti pertanian, ternakan dan bantuan mesin untuk menampung kehidupan, dan
- Memberi latihan dan bimbingan supaya golongan ini dapat berdikari.
Program Bantuan Rumah (PBR)
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ilah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.
Bantuan Rumah terdiri daripada BaikPulih dan BinaBaru
Bil rumah yang telah dibina mengikut daerah (1997-2005) adalah seperti berikut:
- Daerah Kota Star
- BinaBaru (424 unit)
- BaikPulih (129 unit)
- Daerah Kubang Pasu
- BinaBaru (206 unit)
- BaikPulih (106 unit)
- Daerah Kuala Muda
- BinaBaru (250 unit)
- BaikPulih (14 unit)
- Daerah Yan
- BinaBaru (157 unit)
- BaikPulih (33 unit)
- Daerah Pendang
- BinaBaru (257 unit)
- BaikPulih (33 unit)