KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) serta yang beralamat di Negeri Kedah dan yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga bagi menjalankan kerja-kerja :
Bil | Butir-Butir Sebutharga | PKK | Butir-Butir Taklimat dan Lawatan Tapak | Tarikh dan Waktu Dokumen Dijual | Tempat Dokumen Dijual | Tarikh Waktu Tawaran Ditutup |
1 | No. Sebutharga : KEDA 417/365/1-3/2012 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Gelanggang Futsal Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya di Taman Sejahtera Rakyat Kg. Sg. Toh Pawang, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman . | i) PKK Kelas F Kepala : I Sub Kepala :I ii) Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) Gred G1 | Berkumpul di : Taman Sejahtera Rakyat Kg. Sg. Toh Pawang, Daerah Kuala Muda Tarikh : 14/05/2012 Jam 10.30 Pagi Kehadiran adalah DIWAJIBKAN | Tarikh Dijual : 14/05/2012 Hingga 21/05/2012 Waktu : 9.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 ptg - 4.30 ptg (Ahad - Rabu) 9.00 pagi - 12.30 tengahari 2.15 - 3.15 petang (Khamis) | Ibu Pejabat KEDA, Tingkat 2, Bangunan TUNKU, Alor Setar Harga Dokumen RM30.00 | Tarikh Tutup : 21/05/2012 (Isnin) Waktu : 12.00 tengahari |
1. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor atau Kontraktor yang menghadiri lawatan tapak dan yang mempunyai kelayakan sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor dimestikan membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (LPIPM) semasa lawatan tapak dan semasa membeli dokumen tersebut. Wakil kontraktor mesti membawa surat pengesahan wakil bagi syarikat berkaitan.
2. Lawatan tapak adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang tidak menghadiri lawatan tapak tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebutharga ini.
3. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga dikehendaki membawa Sijil Asal PKK dan LPIPM (CIDB) dan menyerahkan satu salinan sijil fotostat semasa membeli dokumen.
4. Dokumen Sebutharga yang telah siap diisi lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri ke dalam Peti Tawaran di :
UNIT PEROLEHAN KEDA
TINGKAT 2, BANGUNAN TUNKU,
JALAN TUNKU IBRAHIM,
05720 ALOR SETAR, KEDAH.
5. Dokumen Sebutharga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
6. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana tawaran.