SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT DESA KEDA BUKIT ULAR
PADANG TERAP – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 2, Padang Terap turut tidak melepaskan peluang bagi mengimarahkan hari kebesaran Islam dengan menganjurkan Ceramah Agama sempena sambutan Israk Mikraj 1445H.
Ceramah yang bertajuk “Perjalanan Rasullullah SAW dalam Israk Mikraj” ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Shafie bin Sulaiman di Desa KEDA Bukit Ular.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj.
Majlis mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Penduduk Desa KEDA Bukit Ular.
Antara yang dikongsi iaitu penghayatan terhadap peristiwa itu, mampu menjadikan umat islam sebagai manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Semoga dengan adanya majlis ilmu seperti ini dapat memberi manfaat dan contoh yang baik untuk panduan semua.