PASUKAN BOLA TAMPAR KEDA SERTAI PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN PIALA PENGARAH JPJ KEDAH
SINTOK – Pasukan Bola Tampar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya merangkul tempat keempat pada Pertandingan Bola Tampar Jemputan Piala Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tahun 2024.
Pertandingan yang berlangsung di Unitversiti Utara Malaysia ini menerima 10 penyertaan dari seluruh Semenanjung Malaysia. 10 pasukan yang bertanding tersebut adalah tuan rumah iaitu JPJ Kedah, JPJ Perlis, JPJ Johor dan JPJ Selangor.
Selain KEDA terdapat 5 lagi pasukan jemputan yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah (BOMBA KEDAH), Universiti Utara Malaysia (UUM), Pasukan Bomba Airport atau Airport Fire & Rescue Squad (AFRS), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah (JKR KEDAH) dan Pasukan Gerakan Am Kulim (PGA KULIM).
Pasukan KEDA bermula baik apabila berjaya menjadi naib johan kumpulan namum disekat oleh pasukan UUM di peringkat separuh akhir. Nasib juga tidak menyebelahi KEDA apabila ditumpaskan pasukan BOMBA KEDAH bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Johan pertandingan telah disandang oleh pasukan UUM yang berjaya menumpaskan pasukan AFRS di peringkat akhir. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah JPJ Kedah, YBhg. Tuan Stein Van Lutam.
Sebagai pemenang tempat keempat, pasukan KEDA telah membawa pulang hamper, medal dan sijil penghargaan.
Tahniah pasukan KEDA
Warga Aktif, KEDA Produktif!