HARI KEDUA : KEDA TERUS BANTU URUS MANGSA BANJIR DI KEDAH

HARI KEDUA : KEDA TERUS BANTU URUS MANGSA BANJIR DI KEDAH

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang merupakan salah sebuah agensi Persekutuan yang bertapak di Kedah terus memberikan komitmen dalam membantu pengurusan banjir di Kedah.
Untuk hari yang kedua, KEDA telah membantu dengan menyelaras dua unit lori dan satu unit kenderaan pacuan 4 roda bagi pelbagai tujuan memudahkan pengurusan bencana ini.
Seramai 7 orang kakitangan KEDA yang terlibat dalam penyelarasan kali ini iaitu Encik Mohd Nazri bin Mohd Nor, Encik Muhamad Izham bib Abidin, Encik Abdul Rahman bin Ismail, Encik Zulfadzli bin Abu Bakar dan Encik Zamzury bin Zinan dari Unit Pentadbiran Am serta Encik Afinizan Azwan bin Azizan, Encik Azmer bin Nor, Encik Mohd Shauqi bin Md Kassim dan Encik Mohammad Hafiz Azim bin Saad dari Unit Logistik.
Antara gerak kerja pasukan ini adalah membantu mengagihkan ubat-ubatan dari hospital dan klinik kesihatan, mengangkut peralatan bantuan mangsa banjir dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SMK BBD), Sekolah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR), mengangkut jururawat serta mangsa ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan lokasi lebih selamat.
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan dan semoga kehadiran KEDA dapat membantu mengurangkan beban pengurusan mangsa banjir di negeri Kedah tercinta ini.