PROJEK PREMIUM TANAH LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk bayaran premium tanah dan bayaran pengukuran tanah.

Oleh itu, bagi bayaran premium tanah, apabila permohonan tanah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK), Pihak Pejabat Tanah Daerah akan mengemukakan tuntutan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan berpandukan kepada Peraturan Tanah Kedah 1966.

Bagi bayaran pengukuran tanah, pihak KEDA perlu membayar kepada perunding ukur setelah kerja pengukuran sempadan telah dijalankan. Disamping itu pihak KEDA juga perlu membayar kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah apabila kelulusan permohonan MMK telah diluluskan.

OBJEKTIF

  1. Mendapatkan status hakmilik
  2. Perkhidmatan sokongan

SKOP DAN KOMPONEN PROJEK

Bayaran yang telah dijelaskan bagi mendapatkan surat hakmilik tanah adalah komponen berikut:

  1. Harga permohonan (Jadual 1)
  2. Harga surat hakmilik sementara (QT)
  • Harga penyediaan pelan QT
  1. Premium Tanah (Notis 5A)
  2. Surat hakmilik tetap (Geran)
  3. Harga peta geran
  • Harga sukat
  • Hasil Tanah
  1. Fi Ukur
  2. Lembaga Jurukur Tanah