Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi agensi ini.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, KEDA merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diamanahkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar dalam memajukan dan memperkukuhkan taraf sosioekonomi penduduk dan kumpulan sasar khususnya dan Negeri Kedah pada amnya.

Sekian, terima kasih kerana melayari laman web KEDA.

‘MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR’

HAJI KAMARUDIN BIN ABD AKIB
Pengurus Besar KEDA