Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-09 07:11:48 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-09 07:11:48
Hubungi Kami


.

.

FAQ

Sektor Pertanian dan Penternakan

Soalan 1

Apakah program pertanian dan penternakan yang dilaksanakan oleh KEDA?

Jawapan

KEDA melaksanakan beberapa program bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan usahawan dalam sektor pertanian dan penternakan, antaranya:

a) Projek Peningkatan Ekonomi Petani Kedah

Program ini merangkumi projek-projek berikut:

  • Ternakan Lobster
  • Ternakan Rusa
  • Tanaman Kopi
  • Tanaman Cendawan
  • Tanaman Cili Fertigasi

b) Projek Pemulihan dan Menaik Taraf Sawah serta Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil

Program ini bertujuan memulihkan dan membangunkan kawasan sawah serta tanah terbiar supaya dapat dimanfaatkan semula untuk aktiviti pertanian yang produktif.


Soalan 2

Siapakah yang layak memohon bantuan pertanian dan penternakan daripada KEDA?

Jawapan

Bantuan ini terbuka kepada petani atau penternak yang sedang mengusahakan projek pertanian atau penternakan serta berhasrat untuk mengembangkan atau meningkatkan kapasiti projek sedia ada.

Sektor Industri Desa dan Keusahawanan

Soalan 1

Bagaimanakah cara untuk memohon penyewaan premis atau bengkel perniagaan yang diuruskan oleh KEDA?

Jawapan

Permohonan penyewaan premis atau bengkel perniagaan milik KEDA boleh dikemukakan kepada:

Bahagian Pembangunan Usahawan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Pusat Pembangunan Usahawan
KM 17.5, Lebuhraya Utara–Selatan,
Pekan Napoh,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Pemohon disarankan mengemukakan permohonan lengkap berserta maklumat perniagaan untuk tujuan semakan dan pertimbangan.


Soalan 2

Apakah skim bantuan atau program keusahawanan yang ditawarkan oleh KEDA?

Jawapan

KEDA menyediakan pelbagai skim bantuan dan program pembangunan usahawan bagi membantu meningkatkan daya saing perusahaan, antaranya:

  • Program Latihan Keusahawanan.
  • Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran.
  • Program Penambahbaikan Pembungkusan dan Pelabelan Produk.
  • Program Penaiktarafan Pensijilan.
  • Program Promosi dan Pemasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, permohonan atau pelaksanaan program, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di talian 04-7205300.

Sektor Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan

Soalan 1

Siapakah yang layak memohon Program Peningkatan Pendapatan (PPP)?

Jawapan

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) disasarkan kepada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40).

Pemohon hendaklah memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

  • Disahkan sebagai Miskin Tegar atau Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih).
  • Diperakukan dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan di peringkat Negeri, Daerah atau Agensi Pelaksana.
  • Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian, permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW).

Apakah jenis projek yang dibiayai di bawah PPP?

Program ini memberi tumpuan kepada empat (4) kategori projek ekonomi:

1. Projek Ekonomi Berasaskan Perkhidmatan

Melibatkan projek yang menawarkan perkhidmatan berasaskan kemahiran seperti:

  • Jahitan
  • Gunting rambut
  • Perkhidmatan lain yang berasaskan kemahiran

2. Projek Ekonomi Berasaskan Perniagaan Kecil

Melibatkan aktiviti perniagaan seperti:

  • Penjualan makanan dan minuman
  • Penjualan barangan
  • Perniagaan kecil-kecilan yang menjana pendapatan

3. Projek Ekonomi Berasaskan Perusahaan Pertanian, Perikanan dan Penternakan

Melibatkan aktiviti:

  • Pemprosesan hasil pertanian
  • Penghasilan produk berasaskan sumber pertanian
  • Perusahaan berkaitan perikanan dan penternakan

4. Projek Ekonomi Berasaskan Pertanian, Perikanan dan Penternakan

Meliputi aktiviti seperti:

  • Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Penternakan lembu, kambing, ayam dan ternakan lain
  • Perikanan termasuk ternakan ikan serta penyediaan peralatan menangkap ikan

Bagaimanakah cara memohon?

Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan memenuhi syarat boleh mendapatkan serta mengisi borang permohonan di Pejabat KEDA Zon mengikut daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah berdasarkan:

  • Hasil siasatan yang dijalankan oleh KEDA.
  • Peruntukan kewangan yang tersedia.
  • Kelulusan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW).

 


Soalan 2

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan pertanian dan penternakan?

Jawapan

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui surat yang dialamatkan kepada Pengurus Besar KEDA, sama ada melalui pos atau e-mel di keda@keda.gov.my.

Surat permohonan hendaklah mengandungi maklumat berikut:

  • Hasrat dan tujuan permohonan.
  • Maklumat peribadi pemohon.
  • Latar belakang projek pertanian atau penternakan yang sedang diusahakan.
  • Gambar-gambar projek sedia ada sebagai dokumen sokongan.

Semua permohonan akan dinilai oleh pihak KEDA berdasarkan maklumat yang dikemukakan serta tertakluk kepada syarat dan peruntukan program semasa.


Soalan 3

Apakah program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK)?

Jawapan

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK) melaksanakan empat (4) program utama seperti berikut:


1. Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PTDPK)

Program ini merangkumi enam (6) komponen utama:

a) Pembangunan Generasi Pewaris

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

  • Bantuan Projek Ekonomi Belia Lelaki
  • Bantuan Projek Ekonomi Beliawanis
  • Kursus Bina Insan Belia
  • Kursus Pengurusan Projek Ekonomi

b) Pembangunan Minda Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

  • Forum Perdana
  • Kursus Pemantapan Solat
  • Kursus Pemantapan Imam dan Bilal
  • Kem Motivasi Pelajar SPM dan UPSR
  • Bengkel Hala Tuju Lepasan SPM
  • Kursus Kesedaran Hak Wanita
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan

c) Pembangunan Modal Insan

Program yang ditawarkan ialah:

  • Kursus Kemahiran Keibubapaan
  • Kem Pemantapan Jati Diri
  • Seminar Motivasi Solat (i-SMART)

d) Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan

Meliputi:

  • Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam
  • Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan

e) Aktiviti Kemasyarakatan Turun Padang

Antara aktiviti ialah:

  • Pengurusan dan Kesedaran Sisa Pepejal
  • Program Keceriaan Kampung
  • Aktiviti Masyarakat Penyayang
  • Program Pengimarahan Ramadan

f) Pengupayaan Pusat Komuniti Desa Kedah

Merangkumi:

  • Latihan Komuniti
  • Program Kesukarelawanan dan Kemasyarakatan
  • Perkhidmatan Setempat

2. Program Pemerkasaan Ekonomi Institusi Luar Bandar (PPEI)

Program ini melibatkan dua (2) komponen utama.

a) Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Luar Bandar

Antara kursus yang ditawarkan ialah:

  • Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (4P)
  • Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Koperasi
  • Kursus Pengurusan dan Kepimpinan MPKK
  • Kursus Kepimpinan Desa
  • Kursus Pengurusan Kewangan

b) Pengurusan Projek dan Dana Pelancaran Projek

Merangkumi:

  • Kursus Pengurusan Projek
  • Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi
  • Dana Projek Ekonomi
  • Majlis Penerangan dan Pelancaran Projek
  • Geran Pelancaran Koperasi (Desa KEDA Che Bema dan Desa KEDA Teluk Berembang)

3. Program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT)

Program ini merangkumi tiga (3) komponen.

a) Penyediaan Infrastruktur dan Kemudahan Asas Perniagaan

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Pusat Pengumpulan
  • Bengkel Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Gerai IKS

b) Pembangunan Modal Insan

Aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

  • Program Keceriaan Kampung dan Gaya Hidup Sihat
  • Kursus Kepimpinan Kampung
  • Bengkel Kemahiran Keibubapaan
  • Program Pecutan Akhir (UPSR dan SPM)
  • Program Tuisyen Harapan (UPSR dan SPM)
  • Kursus Pengurusan Projek Pertanian
  • Kursus Pengurusan Projek Penternakan
  • Kursus Pengurusan Projek Perniagaan

c) Projek-Projek Ekonomi

Program yang dilaksanakan melibatkan:

  • Projek Pertanian
  • Projek Penternakan
  • Projek Perniagaan

4. Projek Pembangunan Akademi Al-Hidayah, Sungai Jagung, Sungai Petani

Program pembangunan di Akademi Al-Hidayah memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan melalui aktiviti seperti:

  • Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Program Peningkatan Kemahiran
  • Diskusi Perdana dan Bicara Ilmu
  • Pengajian Umum
  • Program Pra Tahfiz

Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran

Soalan 1

Apakah kursus kemahiran yang ditawarkan di Kolej KEDA?

Jawapan

Kolej KEDA menawarkan lapan (8) bidang latihan kemahiran vokasional yang merangkumi 19 program seperti berikut:

1. Teknologi Kimpalan (SKM Tahap 1, 2 & 3)

  • Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  • Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
  • Jurukimpal Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
  • Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)

2. Teknologi Motosikal (SKM Tahap 3)

  • Juruteknik Motosikal
  • Juruteknik Motosikal Kanan
  • Penyelia Juruteknik Motosikal

3. Teknologi Fabrik Wanita

(SKMM Tahap 1, 2 & 3)

4. Teknologi Fabrik Lelaki (SKM Tahap 1 & 2)

  • Pembuat Pakaian Lelaki
  • Pembuat Pakaian Lelaki Kanan

5. Teknologi Elektrik (SKM Tahap 1 & 2)

  • Juruteknik Elektrik Rendah
  • Juruteknik Elektrik
  • Sijil Kompetensi PW1 & PW2 (Suruhanjaya Tenaga)

6. Teknologi Penyediaan Makanan (SKM Tahap 2 & 3)

  • Penyedia Makanan
  • Ketua Seksyen Penyediaan Makanan

7. Penyejukbekuan dan Penyaman Udara

(SKMM Tahap 2 & 3)

8. Teknologi Automotif

(SKMM Tahap 2)

Selain itu, Kolej KEDA turut menawarkan kursus jangka pendek, antaranya:

  • Kursus Komputer
  • Keusahawanan Am
  • Keusahawanan Masakan
  • Keusahawanan Jahitan
  • Kursus Asas Elektrik, Motosikal dan Kimpalan
  • Kursus Pembangunan Keusahawanan

Soalan 2

Apakah syarat kemasukan ke Kolej KEDA?

Jawapan

Syarat minimum kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Bumiputera.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.
  • Sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Pelajar yang berjaya akan ditempatkan di asrama yang disediakan.

Soalan 3

Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar Kolej KEDA?

Jawapan

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Pembiayaan latihan, bahan pembelajaran dan peralatan secara percuma.
  • Kemudahan penginapan (asrama).
  • Kemudahan teknologi maklumat.
  • Makan dan minum sepanjang tempoh latihan.
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Aktiviti kokurikulum seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seni mempertahankan diri, kelab dan persatuan.
  • Kemudahan sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan ping pong.
  • Aktiviti rekreasi, riadah dan kembara.

Soalan 4

Bagaimanakah cara memohon untuk mengikuti kursus di Kolej KEDA?

Jawapan

Kolej KEDA mengadakan dua (2) sesi pengambilan setiap tahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Maklumat berkaitan syarat permohonan boleh diperoleh melalui laman sesawang:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui:

https://daftar.kolejkeda.edu.my


Soalan 5

Apakah peluang kerjaya bagi lepasan Kolej KEDA?

Jawapan

Lepasan Kolej KEDA mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor, antaranya:

  • Bekerja dengan syarikat atau industri.
  • Menjadi usahawan.
  • Bekerja sendiri.
  • Menjadi tenaga pengajar.
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Permintaan terhadap tenaga mahir amat tinggi, khususnya dalam bidang:

  • Kimpalan
  • Teknologi Motosikal
  • Jahitan
  • Pendawaian Elektrik
  • Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
  • Penyediaan Makanan

Selain sektor industri, syarikat swasta dan industri perhotelan juga sentiasa memerlukan tenaga kerja mahir daripada lepasan Kolej KEDA.

Bidang elektrik khususnya menawarkan prospek kerjaya yang sangat baik kerana negara memerlukan lebih ramai pekerja kompeten dalam bidang tersebut.


Soalan 6

Apakah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)?

Jawapan

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) merupakan program yang dilaksanakan oleh KEDA bagi membantu golongan sasar mengikuti latihan kemahiran melalui pembiayaan yuran dan pengurusan latihan.

Program ini merangkumi latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk latihan yang membawa kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta supaya mereka memperoleh pekerjaan, menjadi usahawan atau menjana pendapatan yang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga.


Siapakah yang layak memohon PLKK?

Program ini disasarkan kepada:

  • Golongan miskin tegar.
  • Golongan miskin.
  • Golongan berpendapatan rendah (B40).

Pemohon hendaklah:

  • Berdaftar dalam pangkalan data eKasih, atau
  • Diperakukan oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri atau Daerah (FG).

Bagi kes-kes khas, pengecualian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).


Apakah syarat penyertaan PLKK?

Pemohon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 tahun ke atas, dengan keutamaan kepada belia berumur di bawah 40 tahun.
  • Mempunyai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
  • Sihat tubuh badan serta bebas daripada penyalahgunaan dadah.
  • Diutamakan kepada mereka yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran.
  • Bagi peserta SKM Tahap 1 dan Tahap 2, berpotensi menyambung pengajian ke tahap seterusnya.
  • Diperakukan oleh Jawatankuasa PLKK KKDW.

Permohonan khas di luar syarat-syarat tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan KKDW.


Apakah bidang latihan yang dibiayai di bawah PLKK?

PLKK membiayai pelbagai bidang latihan kemahiran, antaranya:

  • Elektrik, Elektronik, Telekomunikasi dan Penyiaran
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Pemesinan dan Peralatan
  • Mekanikal dan Elektrikal
  • Pengangkutan
  • Bahan dan Pembungkusan
  • Percetakan
  • Kimia
  • Perubatan dan Farmaseutikal
  • Hospitaliti dan Pelancongan
  • Cenderamata dan Industri Kecil
  • Bangunan dan Pembinaan
  • Landskap dan Alam Sekitar
  • Sumber Asas
  • Pengurusan Perniagaan
  • Tekstil dan Pakaian
  • Pertanian dan Asas Tani
  • Pertukangan Kayu dan Perabot
  • Bioteknologi
  • Pendidikan dan Latihan
  • Minyak dan Gas
  • Industri Halal
  • Logistik Bersepadu
  • Perniagaan Distributif
  • Pertahanan dan Keselamatan
  • Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
  • Seni dan Kebudayaan
  • Industri Perlombongan

Kementerian juga boleh mempertimbangkan bidang latihan baharu yang mempunyai potensi dan permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan.


Bagaimanakah cara memohon PLKK?

Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat KEDA Zon di daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan serta kelulusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW).

Sektor Infrastruktur dan Prasarana

Soalan 1

Adakah KEDA menyediakan bantuan Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)? Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Jawapan

KEDA berperanan sebagai Agensi Pelaksana bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Oleh itu, semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di daerah masing-masing.


Soalan 2

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan atau baik pulih rumah?

Jawapan

Tempoh pelaksanaan bergantung kepada jenis projek seperti berikut:

  • Bina Baharu (Konvensional): 16 hingga 18 minggu
  • Bina Baharu (IBS): 12 hingga 14 minggu
  • Baik Pulih Rumah: 2 hingga 4 minggu

Walau bagaimanapun, tempoh tersebut mungkin berubah sekiranya berlaku masalah atau kekangan di tapak projek.


Soalan 3

Bagaimanakah cara memohon bantuan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa dan Ameniti Sosial?

Jawapan

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi daripada Penghulu Mukim atau Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Surat tersebut perlu dihantar kepada Pejabat KEDA Zon mengikut daerah masing-masing sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Hartanah dan Prasarana KEDA untuk tindakan selanjutnya.


Soalan 4

Adakah semua permohonan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa dan Ameniti Sosial akan terus diluluskan?

Jawapan

Tidak. Semua permohonan akan dinilai terlebih dahulu oleh Bahagian Hartanah dan Prasarana KEDA berdasarkan beberapa aspek, antaranya:

  • Kesesuaian tapak
  • Keadaan sebenar di lokasi
  • Tahap dan kekerapan penggunaan jalan atau kemudahan

Sekiranya permohonan diluluskan, KEDA akan melaksanakan proses perolehan bagi melantik kontraktor sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.


Soalan 5

Bagaimanakah cara memohon rumah PPRT Desa-Desa KEDA?

Jawapan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat KEDA Zon yang berhampiran mengikut daerah masing-masing.

Pemohon (Ketua Isi Rumah) perlu mengemukakan:

  • Surat permohonan
  • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
  • Salinan kad pengenalan atau sijil lahir anak/tanggungan
  • Salinan sijil nikah
  • Salinan sijil cerai atau sijil kematian pasangan (jika berkaitan)
  • Dokumen sokongan lain (jika ada)

Pemohon juga digalakkan mendaftar dalam sistem eKasih bagi melengkapkan proses permohonan.


Soalan 6

Apakah syarat kelayakan untuk memohon rumah PPRT Desa-Desa KEDA?

Jawapan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tidak mempunyai rumah atau tanah sendiri.
  2. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan atau RM200 per kapita seorang, tertakluk kepada syarat kelayakan eKasih.
  3. Telah berkahwin atau merupakan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Berumur antara 35 hingga 60 tahun, kecuali bagi kes-kes tertentu seperti orang kurang upaya atau kes kritikal.
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) orang tanggungan, tidak termasuk anak yang telah berkeluarga dan tertakluk kepada syarat pendapatan per kapita.
  6. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada mana-mana agensi.

Soalan 7

Berapa lamakah tempoh permohonan rumah PPRT Desa-Desa KEDA diproses?

Jawapan

Tiada tempoh pemprosesan yang tetap. Permohonan akan dipertimbangkan apabila terdapat kekosongan kuota rumah PPRT Desa-Desa KEDA di daerah yang dipohon.


Soalan 8

Bagaimanakah proses pemilihan peserta bagi rumah PPRT Desa-Desa KEDA dijalankan?

Jawapan

Proses pemilihan melibatkan beberapa peringkat seperti berikut:

  1. Siasatan oleh Pegawai KEDA Zon mengikut daerah.
  2. Penilaian sama ada pemohon memenuhi syarat kelayakan.
  3. Sesi temu duga bagi pemohon yang layak.
  4. Pemilihan akhir berdasarkan penilaian panel temu duga.

Soalan 9

Berapa lamakah tempoh proses pindah milik geran?

Jawapan

Tempoh proses pindah milik geran adalah sekitar tiga (3) bulan, termasuk urusan di Pejabat Tanah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi tujuan pembayaran duti setem.


Soalan 10

Bolehkah pindah milik kali kedua dibuat selepas geran didaftarkan kepada pemilik baharu?

Jawapan

Tidak boleh. Setiap geran tertakluk kepada sekatan pindah milik selama 10 tahun. Sebarang pertanyaan berkaitan pembukaan sekatan tersebut hendaklah dirujuk kepada Pejabat Tanah Daerah.


Soalan 11

Siapakah yang bertanggungjawab membayar hasil tanah selepas proses pindah milik selesai?

Jawapan

Bayaran hasil tanah menjadi tanggungjawab pemilik baharu yang namanya telah didaftarkan sebagai pemilik berdaftar dalam geran.


Soalan 12

Siapakah yang perlu membayar cukai pintu selepas proses pindah milik selesai?

Jawapan

Cukai pintu hendaklah dibayar oleh pemilik bangunan yang namanya telah didaftarkan sebagai pemilik dalam geran.

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah