Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran
Soalan 1
Apakah kursus kemahiran yang ditawarkan di Kolej KEDA?
Jawapan
Kolej KEDA menawarkan lapan (8) bidang latihan kemahiran vokasional yang merangkumi 19 program seperti berikut:
1. Teknologi Kimpalan (SKM Tahap 1, 2 & 3)
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
- Jurukimpal Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
- Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
2. Teknologi Motosikal (SKM Tahap 3)
- Juruteknik Motosikal
- Juruteknik Motosikal Kanan
- Penyelia Juruteknik Motosikal
3. Teknologi Fabrik Wanita
(SKMM Tahap 1, 2 & 3)
4. Teknologi Fabrik Lelaki (SKM Tahap 1 & 2)
- Pembuat Pakaian Lelaki
- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
5. Teknologi Elektrik (SKM Tahap 1 & 2)
- Juruteknik Elektrik Rendah
- Juruteknik Elektrik
- Sijil Kompetensi PW1 & PW2 (Suruhanjaya Tenaga)
6. Teknologi Penyediaan Makanan (SKM Tahap 2 & 3)
- Penyedia Makanan
- Ketua Seksyen Penyediaan Makanan
7. Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
(SKMM Tahap 2 & 3)
8. Teknologi Automotif
(SKMM Tahap 2)
Selain itu, Kolej KEDA turut menawarkan kursus jangka pendek, antaranya:
- Kursus Komputer
- Keusahawanan Am
- Keusahawanan Masakan
- Keusahawanan Jahitan
- Kursus Asas Elektrik, Motosikal dan Kimpalan
- Kursus Pembangunan Keusahawanan
Soalan 2
Apakah syarat kemasukan ke Kolej KEDA?
Jawapan
Syarat minimum kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Sihat dari segi fizikal dan mental.
- Pelajar yang berjaya akan ditempatkan di asrama yang disediakan.
Soalan 3
Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar Kolej KEDA?
Jawapan
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Pembiayaan latihan, bahan pembelajaran dan peralatan secara percuma.
- Kemudahan penginapan (asrama).
- Kemudahan teknologi maklumat.
- Makan dan minum sepanjang tempoh latihan.
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Aktiviti kokurikulum seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seni mempertahankan diri, kelab dan persatuan.
- Kemudahan sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan ping pong.
- Aktiviti rekreasi, riadah dan kembara.
Soalan 4
Bagaimanakah cara memohon untuk mengikuti kursus di Kolej KEDA?
Jawapan
Kolej KEDA mengadakan dua (2) sesi pengambilan setiap tahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai.
Maklumat berkaitan syarat permohonan boleh diperoleh melalui laman sesawang:
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui:
https://daftar.kolejkeda.edu.my
Soalan 5
Apakah peluang kerjaya bagi lepasan Kolej KEDA?
Jawapan
Lepasan Kolej KEDA mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor, antaranya:
- Bekerja dengan syarikat atau industri.
- Menjadi usahawan.
- Bekerja sendiri.
- Menjadi tenaga pengajar.
- Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Permintaan terhadap tenaga mahir amat tinggi, khususnya dalam bidang:
- Kimpalan
- Teknologi Motosikal
- Jahitan
- Pendawaian Elektrik
- Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
- Penyediaan Makanan
Selain sektor industri, syarikat swasta dan industri perhotelan juga sentiasa memerlukan tenaga kerja mahir daripada lepasan Kolej KEDA.
Bidang elektrik khususnya menawarkan prospek kerjaya yang sangat baik kerana negara memerlukan lebih ramai pekerja kompeten dalam bidang tersebut.
Soalan 6
Apakah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)?
Jawapan
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) merupakan program yang dilaksanakan oleh KEDA bagi membantu golongan sasar mengikuti latihan kemahiran melalui pembiayaan yuran dan pengurusan latihan.
Program ini merangkumi latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk latihan yang membawa kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta supaya mereka memperoleh pekerjaan, menjadi usahawan atau menjana pendapatan yang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga.
Siapakah yang layak memohon PLKK?
Program ini disasarkan kepada:
- Golongan miskin tegar.
- Golongan miskin.
- Golongan berpendapatan rendah (B40).
Pemohon hendaklah:
- Berdaftar dalam pangkalan data eKasih, atau
- Diperakukan oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri atau Daerah (FG).
Bagi kes-kes khas, pengecualian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Apakah syarat penyertaan PLKK?
Pemohon hendaklah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 15 tahun ke atas, dengan keutamaan kepada belia berumur di bawah 40 tahun.
- Mempunyai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
- Sihat tubuh badan serta bebas daripada penyalahgunaan dadah.
- Diutamakan kepada mereka yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran.
- Bagi peserta SKM Tahap 1 dan Tahap 2, berpotensi menyambung pengajian ke tahap seterusnya.
- Diperakukan oleh Jawatankuasa PLKK KKDW.
Permohonan khas di luar syarat-syarat tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan KKDW.
Apakah bidang latihan yang dibiayai di bawah PLKK?
PLKK membiayai pelbagai bidang latihan kemahiran, antaranya:
- Elektrik, Elektronik, Telekomunikasi dan Penyiaran
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Pemesinan dan Peralatan
- Mekanikal dan Elektrikal
- Pengangkutan
- Bahan dan Pembungkusan
- Percetakan
- Kimia
- Perubatan dan Farmaseutikal
- Hospitaliti dan Pelancongan
- Cenderamata dan Industri Kecil
- Bangunan dan Pembinaan
- Landskap dan Alam Sekitar
- Sumber Asas
- Pengurusan Perniagaan
- Tekstil dan Pakaian
- Pertanian dan Asas Tani
- Pertukangan Kayu dan Perabot
- Bioteknologi
- Pendidikan dan Latihan
- Minyak dan Gas
- Industri Halal
- Logistik Bersepadu
- Perniagaan Distributif
- Pertahanan dan Keselamatan
- Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
- Seni dan Kebudayaan
- Industri Perlombongan
Kementerian juga boleh mempertimbangkan bidang latihan baharu yang mempunyai potensi dan permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan.
Bagaimanakah cara memohon PLKK?
Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat KEDA Zon di daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan serta kelulusan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah(KKDW).
