Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal


.

.

Perutusan Pengurus Besar

Perutusan Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Pengurus Besar

HAJAH AFIFAH BINTI HAJI OMAR

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia Madani
Salam Luar Bandar Sejahtera
KEDA Maju Jaya

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEDA terus menggalas amanah yang besar dalam memacu transformasi desa di negeri Kedah.

Dengan menekankan People Prosperity Strategy dalam gerak kerjanya, kami yakin strategi ini akan membenihkan pelbagai bentuk pembangunan sama ada pembangunan fizikal, modal insan, ekonomi dan keusahawanan yang akhirnya demi kesejahteraan penduduk setempat.

Dunia hari ini juga menuntut kita untuk bergerak pantas seiring dengan arus pendigitalan. Oleh itu, laman sesawang ini direka sebagai jambatan maklumat antara KEDA dan seluruh pemegang taruh serta menjadi sistem penyampaian perkhidmatan (Service Delivery) yang pantas dan efisien.

KEDA komited untuk memastikan mandat dijalankan dengan penuh profesionalisme. Moto “Mensejahterakan Luar Bandar” ini bukan hanya sekadar slogan, tetapi satu janji yang ingin direalisasi.

Semoga para pengunjung laman web ini dapat memanfaatkan segala informasi yang disediakan. Segala cadangan dan komentar amatlah dialu-alukan dalam memastikan pengekalan kualiti penyampaian perkhidmatan kami.

Sekian, terima kasih.

×
Imej ahli lembaga pengarah