Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal


.

.

Perutusan Pengerusi

Perutusan PeNGERUSI

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

DATO-PENGERUSI-KEDA

DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID

Pengerusi
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia Madani
Salam Mensejahterakan Luar Bandar
KEDA Maju Jaya

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita dapat bertemu dalam medium digital yang berbeza tetapi masih kekal dengan matlamat yang sama iaitu membangunkan wilayah desa di Kedah yang kita cintai.

KEDA bukan sekadar sebuah agensi pembangunan namun merupakan nadi kepada harapan masyarakat desa. Sebagai Pengerusi, visi saya adalah untuk memastikan KEDA sentiasa visble and reliable yakni relevan dan responsif terhadap cabaran semasa.

Fokus sebenar kesejahteraan ini adalah tertumpu kepada pengukuhan ekosistem desa yang lebih berdaya saing dan inklusif. KEDA optimis dalam menterjemahkan daya usaha pembangunan yang holistik kepada setiap golongan masyarakat.

Laman web ini adalah manifestasi kepada komitmen kami terhadap tadbir urus yang baik. Saya berharap platform ini dapat menjadi sumber rujukan utama buat seluruh rakyat Kedah dalam meneroka peluang dan kolaborasi demi kemajuan bersama.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu, bekerjasama dengan penuh azam demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar ke tahap yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

×
Imej ahli lembaga pengarah