Sektor Industri Desa dan Keusahawanan
Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk memohon penyewaan premis atau bengkel perniagaan yang diuruskan oleh KEDA?
Jawapan
Permohonan penyewaan premis atau bengkel perniagaan milik KEDA boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Pembangunan Usahawan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Pusat Pembangunan Usahawan
KM 17.5, Lebuhraya Utara–Selatan,
Pekan Napoh,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
Pemohon disarankan mengemukakan permohonan lengkap berserta maklumat perniagaan untuk tujuan semakan dan pertimbangan.
Soalan 2
Apakah skim bantuan atau program keusahawanan yang ditawarkan oleh KEDA?
Jawapan
KEDA menyediakan pelbagai skim bantuan dan program pembangunan usahawan bagi membantu meningkatkan daya saing perusahaan, antaranya:
- Program Latihan Keusahawanan.
- Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran.
- Program Penambahbaikan Pembungkusan dan Pelabelan Produk.
- Program Penaiktarafan Pensijilan.
- Program Promosi dan Pemasaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, permohonan atau pelaksanaan program, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di talian 04-7205300.
