PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap terus menyantuni penduduk setempat menerusi penganjuran Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA Bukit Ular. .
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Mubarak Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Haji Ghazali bin Haji Ibrahim yang hadir mewakili Pengerusi KEDA.
Turut bersama menjayakan program ialah Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Getah Malaysia, YBhg. Dato’ Badrol Hisham bin Hashim serta Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap, Encik Shahurin bin Md Isa.
Program dimulakan dengan lawatan ke sebuah rumah projek K-Home KEDA yang telah siap dibina dan kini diduduki oleh sebuah keluarga penerima manfaat di Desa KEDA Bukit Ular.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2 sebelum ucapan oleh wakil Pengerusi KEDA.
Dalam ucapannya, beliau menyeru penduduk agar sentiasa bersyukur dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dan agensi seperti KEDA dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada penduduk asnaf di kawasan berkenaan.
Program kemudiannya diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat serta solat Maghrib berjemaah, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga KEDA dan penduduk Desa KEDA Bukit Ular
