Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal


.

.

IKLAN PELUANG KERJAYA TAHUN 2026: LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

📢 IKLAN PELUANG KERJAYA TAHUN 2026: LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) 📢

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)​mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Tetap/Kontrak di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

​💼 SENARAI JAWATAN KOSONG DITAWARKAN :
– ​Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5 (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara)
– ​Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5 (Teknologi Motosikal)
– ​Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5 (Teknologi Kimpalan)
– ​Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5 (Teknologi Elektrik)
– ​Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV5 (Teknologi Automotif)
– ​Penolong Pegawai Latihan Gred E5 (Seni Kulinari)
– ​Penolong Pegawai Latihan Gred E5 (Teknologi Fesyen)
– ​Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E5
– ​Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1

​🗓️ TARIKH PERMOHONAN:
​Mula : 25 Oktober 2026
​Tutup : 7 November 2026

​🌐 CARA MEMOHON:
​Permohonan hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN melalui Sistem e-Jawatan KEDA di laman web rasmi:
👉 www.keda.gov.my (https://ejawatan.keda.gov.my/)

​Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang sedang mencari peluang pekerjaan! Jangan lepaskan peluang ini.

KEDA Salur Bantuan Ekonomi Berjumlah RM83,000 kepada Lapan Peserta

KUALA MUDA – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyalurkan bantuan ekonomi berjumlah RM83,000 kepada lapan (8) peserta menerusi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB).

Penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, sempena Majlis Perasmian Bengkel IKS Desa KEDA Tepi Sungai, Penyerahan Bantuan Ekonomi serta Penyerahan Geran Hak Milik yang berlangsung di Desa KEDA Tepi Sungai, Kuala Muda.

Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar dan Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Sulaiman bin Mohd Noor.

KEDA menyediakan pelbagai bentuk bantuan ekonomi bagi membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat luar bandar. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi PPP dan PPLB, yang turut disokong dengan bimbingan bersesuaian bagi membantu peserta mengembangkan aktiviti ekonomi dan pertanian secara lebih berdaya maju.

Penyaluran bantuan ini diharap dapat membantu para peserta mengembangkan aktiviti masing-masing, sekali gus mewujudkan sumber pendapatan yang lebih mampan serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

#KKDW #LembagaKemajuanWilayahKedah #MensejahterakanLuarBandar #PejuangDesa #TaatSetia #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja

KEDA Fun Run Semarakkan Sambutan Hari Sukan Negara 2026

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menganjurkan KEDA Fun Run 2026 bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026 sebagai usaha memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja agensi tersebut.

Program ini disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar. Turut menyertai larian tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar.

Larian sejauh tujuh (7) kilometer itu bermula dan berakhir di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, dengan penyertaan warga kerja yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan.

KEDA Fun Run 2026 mempertandingkan empat (4) kategori utama, iaitu Veteran Lelaki, Terbuka Lelaki, Veteran Wanita dan Terbuka Wanita.

Bagi kategori Veteran Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Sulaiman bin Mohd Noor, diikuti Pegawai Pembangunan Zon 9, Encik Muhammad Noorhisham bin Taib di tempat kedua dan Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa di tempat ketiga.

Kategori Terbuka Lelaki menyaksikan Muhammad Sayuti bin Mohd Lazim muncul sebagai juara, diikuti Haris Hazwan bin Anuar di tempat kedua dan Muhammad Haikal bin Fazuli di tempat ketiga.

Bagi kategori Veteran Wanita, Nor Asmida binti Hassan meraih gelaran juara, manakala Noor Amira binti Ahmad Sukkri mendapat tempat kedua dan Siti Nurhafiza binti Radzuan di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Terbuka Wanita dimenangi oleh Siti Faridah binti Ismail, diikuti Noor Hidayah binti Abdullah di tempat kedua dan Faliyatun Atiqah binti Nordin di tempat ketiga.

Penganjuran KEDA Fun Run 2026 diharap dapat terus menyemarakkan Sambutan Hari Sukan Negara serta menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kesejahteraan warga kerja KEDA melalui aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup sihat.

#KKDW #LembagaKemajuanWilayahKedah #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #HSN2026 #FunRun

KeSUDA 2026 Jadi Medan Pemupukan Gaya Hidup Sihat Komuniti Desa

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited dalam memperkasa gaya hidup sihat dan pembangunan modal insan menerusi penganjuran Kejohanan Sukan Desa KEDA (KeSUDA) 2026.

KeSUDA 2026 merupakan platform sukan tahunan yang bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat, malah menjadi medan penyatuan komuniti desa di bawah naungan KEDA.

Penganjuran kejohanan pada tahun ini melibatkan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM80,000.00. Menerusi acara utama iaitu futsal dan bola jaring, kejohanan ini berjaya menghimpunkan wakil belia serta warga sukan daripada sembilan (9) Zon KEDA di seluruh negeri Kedah.

Sebagai penghargaan terhadap semangat kesukanan para peserta, pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai, piala iringan, medal dan hamper kepada para pemenang. Johan menerima wang tunai sebanyak RM1,200.00, naib johan RM1,000.00, manakala tempat ketiga menerima RM800.00. Penerima hadiah saguhati pula memperoleh wang tunai sebanyak RM200.00 berserta hamper.

Bagi keputusan kejohanan, Zon 2, Padang Terap berjaya muncul sebagai johan acara futsal, manakala Zon 5, Baling merangkul gelaran johan bagi acara bola jaring.

Penganjuran KeSUDA 2026 membuktikan komitmen berterusan KEDA dalam memperkasakan pembangunan modal insan, menyemarakkan semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan KEDA dengan masyarakat desa.

#KKDW #LembagaKemajuanWilayahKedah #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #HSN2026

×
Imej ahli lembaga pengarah