Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 14:42:15 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 14:42:15
Hubungi Kami


.

.

KEDA TERIMA LAWATAN INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN

KEDA TERIMA LAWATAN INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat CGSO Negeri Kedah sempena Lawatan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan menilai tahap pematuhan keselamatan perlindungan di KEDA selain memastikan setiap prosedur berkaitan dilaksanakan mengikut garis panduan serta piawaian yang telah ditetapkan.

Delegasi telah disambut oleh Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA bersama Pengurus Khidmat Pengurusan KEDA, Puan Shuhaila binti Hamzah.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai latar belakang dan fungsi jabatan sebelum diteruskan dengan sesi semakan serta perbincangan berkaitan Borang KPKK 7 (Pindaan 2021) bersama pegawai-pegawai yang terlibat.

Selain itu, delegasi turut mengadakan pemeriksaan di sekitar premis KEDA bagi menilai aspek keselamatan perlindungan sebagai sebahagian daripada proses audit pematuhan yang dilaksanakan.

KEDA berharap lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi tahap keselamatan perlindungan organisasi serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan pematuhan prosedur keselamatan demi memastikan pengurusan yang lebih sistematik dan selamat.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah