Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 14:41:19 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 14:41:19
Hubungi Kami


.

.

KEDA PERKASA USAHAWAN MELALUI KURSUS PERMOHONAN PERSIJILAN HALAL

KEDA EMPOWERS ENTREPRENEURS THROUGH HALAL CERTIFICATION APPLICATION COURSE

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus mempergiat usaha memperkasakan usahawan tempatan menerusi penganjuran Kursus Tatacara Permohonan Persijilan Halal bagi meningkatkan kualiti serta daya saing produk keluaran usahawan bimbingannya.

Program berimpak tinggi tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar yang menegaskan komitmen pihak pengurusan KEDA dalam membantu usahawan menembusi pasaran lebih luas melalui pengiktirafan pensijilan halal.

Kursus selama dua hari itu memberi penekanan kepada pendedahan menyeluruh berkaitan prosedur, syarat serta keperluan teknikal dalam proses mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk penerangan penggunaan sistem MyEHalal secara terperinci, penerangan syarat permohonan, pengurusan sistem kawalan halal dalaman serta simulasi persediaan audit lapangan.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan amalan terbaik bagi memastikan premis dan proses pengeluaran mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dihasilkan.

Sesi bimbingan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman daripada Unit Audit Pematuhan dan Unit Pensijilan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), antaranya Syeikh Ahmad Shukri bin Mohamed dan Encik Zulhisyam bin Zainol yang berkongsi kepakaran serta panduan praktikal kepada peserta.

Melalui kursus ini, KEDA berharap lebih ramai usahawan bimbingannya berjaya memperoleh pensijilan halal yang sah seterusnya memperkukuh kebolehpasaran produk di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar yang mampan.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah