Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 15:27:37 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 15:27:37
Hubungi Kami


.

.

PROGRAM SANTAPAN ROHANI RAMADAN KOMUNITI DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU LOKASI TERAKHIR IFTAR PERDANA KEDA 1447H

PROGRAM-SANTAPAN-ROHANI-RAMADAN-KOMUNITI-DESA-KEDA-ZON-9-BANDAR-BAHARU-LOKASI-TERAKHIR-IFTAR-PERDANA-KEDA-1447H
BANDAR BAHARU – Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang merupakan lokasi terakhir bagi Iftar Perdana KEDA 1447H telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Dewan Desa KEDA Sungai Buluh, di sini baru-baru ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YBhg. Datuk Muhar Bin Hussain yang turut meluangkan masa bersama komuniti setempat dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program yang bermula seawal jam 6.00 petang itu dimulakan dengan ketibaan penduduk serta tetamu jemputan, diikuti ketibaan tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan aluan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi)KEDA yang menzahirkan penghargaan atas kehadiran dan sokongan komuniti.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program seumpama ini sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak KEDA dan masyarakat desa di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian rohani.

Turut berlangsung adalah ucapan daripada YBhg. Datuk Muhar Bin Hussain yang menyatakan komitmen berterusan KEDA dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar serta kebajikan penduduk desa.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Geran Hakmilik rumah Tradisional kepada penerima yang layak serta sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Program diteruskan dengan bacaan tahlil sebelum para hadirin bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Penganjuran program ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, malah berjaya memperkukuh hubungan erat antara KEDA dan komuniti setempat selaras dengan aspirasi pembangunan masyarakat luar bandar yang sejahtera.
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah