Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 09:47:26 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 09:47:26
Hubungi Kami


.

.

HARI BELIA NEGARA 2026 PADANG TERAP DISAMBUT MERIAH

HARI BELIA NEGARA 2026 PADANG TERAP DISAMBUT MERIAH

PADANG TERAP – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Daerah Padang Terap berlangsung dengan penuh meriah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka menerusi pelbagai aktiviti menarik bertemakan “Menggerak Belia”.

Program anjuran Pejabat Belia Daerah Padang Terap itu berjaya menghimpunkan golongan belia serta masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat melalui pelbagai pengisian bermanfaat dan santai seperti Fun Run Challenge, Aerobik Perdana, busking, e-sukan, pertandingan karom, memanah tradisional, persembahan silat, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta Jualan Rahmah MADANI.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg Dato’ Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid yang turut menyampaikan amanat kepada golongan belia agar terus berusaha membina masa depan yang lebih cemerlang melalui pendidikan kemahiran dan latihan teknikal.

Dalam ucapannya, beliau berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan dapat bekerjasama dalam melaksanakan program pembangunan belia supaya anak muda, khususnya di Padang Terap, dapat melihat peluang dan hala tuju masa depan mereka dengan lebih jelas.

Beliau turut menyeru golongan belia agar memanfaatkan peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mampu membuka ruang kerjaya lebih luas mengikut minat dan bakat masing-masing.

“Kita mahu membantu anak-anak di Padang Terap termasuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik supaya tetap mempunyai masa depan yang baik melalui bidang kemahiran,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah IKBN Naka, Tuan Ismawi bin Ismail; Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar; serta Pengerusi Majlis Belia Padang Terap, Encik Jasnizam Husni.

Dalam pada itu, KEDA turut bersama menjayakan program tersebut menerusi pameran bergerak yang memberi penerangan berkaitan peluang pendidikan kemahiran dan TVET kepada golongan belia.

Antara yang menjadi perhatian pengunjung ialah pameran program TVET di Kolej KEDA yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran sebagai platform membina masa depan belia luar bandar.

Program ini secara tidak langsung membuktikan bahawa setiap belia mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberikan peluang dan bimbingan dalam bidang yang diminati.

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada belia yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah