Perkhidmatan Penorehan (Pengeluaran Sekerap) di Projek Ladang Sejahtera Agropolitan Sik, Bendang Man, Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Pengarang: support
Jadual Pembuka Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/154
Menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan bagi Pelajar Program Tahfiz TVET @ Kolej KEDA.
Jadual Pembuka Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/152
Perkhidmatan Perlindungan Takaful Kebakaran, Segala Risiko dan Cermin Kaca ke atas Aset Tak Alih Milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kategori Bangunan KEDA bagi Tempoh Satu (1) Tahun.
Iklan Sebut Harga Pelupusan Aset Alih KEDA KEDA300-2/6/3JLD4 (15)
Pelupusan Aset Alih:
a) Kereta Sedan, Proton Perdana V6(A)
b) Pacuan 4 Roda (4×4) Perodua Kembara 1.3GX
c) Kereta Sedan, Proton Waja 1.6 M/T
d) Pacuan 4 Roda (4×4) Perodua Kembara 1.3GX
e) Kereta Sedan, Proton Waja 1.6 Automatik
f) Kereta Sedan, Proton Waja Campro 1.6 AT
g) Kereta Sedan, Proton Wira 1.5
h) Jip, Perodua Kembara 1.3GX (Manual)
KOLEJ KEDA MERIAHKAN BALING ESCAPADE FESTIVAL 2026 DENGAN DEMONSTRASI MASAKAN WARISAN KEDAH
BALING – Kolej KEDA tampil memeriahkan Baling Escapade Festival 2026 menerusi demonstrasi masakan Kedah Heritage Cooking Demonstration yang mengetengahkan keunikan serta kekayaan sajian tradisional negeri Kedah.
Demonstrasi yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 31 Julai 2026 dan 1 Ogos 2026, bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sepanjang program berlangsung, Kolej KEDA menampilkan penyediaan pelbagai hidangan warisan Kedah untuk tatapan dan pengalaman para pengunjung.
Pada hari terakhir demonstrasi, pengunjung berpeluang menyaksikan penyediaan serabai kuah durian, iaitu antara menu tradisional yang cukup sinonim dengan warisan kulinari masyarakat Kedah.
Dalam pada itu, pengunjung turut berpeluang mengunjungi booth usahawan KEDA yang menghimpunkan pelbagai produk tempatan merangkumi makanan dan minuman, produk kesihatan dan kesejahteraan, kraftangan serta produk kreatif hasil usahawan tempatan.
Antara usahawan KEDA yang mengambil bahagian ialah Sumber Segar Enterprise yang menawarkan produk tenusu, Setehsen Global Sdn. Bhd. dengan produk teh, Addil World Enterprise yang mengetengahkan minuman kesihatan, Deqaira Global yang menawarkan produk kesejahteraan seperti balm dan minyak cengkih serta NFF Fabulous Food (Lekoshow SP) yang menawarkan keropok lekor dan mee udang.
Turut serta ialah Ommaza Burger dengan sajian burger homemade, Nomad Kopifi House yang menawarkan kopi dan burger, Gadis Tebu Enterprise (Ayra Frozen) dengan pelbagai produk kuih sejuk beku, Cedoqq Enterprise yang menyediakan dessert dan dadih serta Sulung Dream Empire yang menawarkan dumpling dan pan mee.
Penyertaan usahawan KEDA dalam festival ini bukan sahaja membuka ruang kepada usaha promosi dan pemasaran produk tempatan, malah turut memberi peluang kepada usahawan untuk berinteraksi secara langsung dengan pengunjung dari dalam dan luar Kedah.
Penglibatan ini sekali gus menjadi platform dalam memperkenalkan produk usahawan tempatan kepada khalayak yang lebih luas, di samping menyokong usaha KEDA dalam memperkasa serta meningkatkan potensi ekonomi masyarakat luar bandar.
#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
HIDANGAN JUARA DISAJIKAN DI BALING ESCAPADE FESTIVAL 2026
BALING – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkukuh peranannya dalam merancakkan aktiviti sosioekonomi luar bandar apabila turut mengambil bahagian dalam memeriahkan Baling Escapade Festival 2026 dan The Magnificent Baling 100 yang berlangsung di pusat bandar Baling.
Menerusi Kolej KEDA, KEDA telah mengadakan demonstrasi masakan warisan tradisional Negeri Kedah yang mengetengahkan dua hidangan istimewa, iaitu Kerabu Pais Ikan dan Ubi Kayu Cicah Nyoq.
Lebih membanggakan, kedua-dua hidangan tradisional tersebut pernah dinobatkan sebagai juara serta meraih pingat emas dalam pertandingan World Chefs Championship, sekali gus membuktikan keunikan dan kualiti sajian warisan Kedah yang mampu diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
Demonstrasi masakan berkenaan dijayakan oleh Cikgu Siti Fatimah binti Abdul Karim, Cikgu Najah Salam binti Ibrahim dan Cikgu Farhana binti Md Yusof, yang merupakan tenaga pengajar bagi Kursus Teknologi Makanan di Kolej KEDA. Ketiga-tiga tenaga pengajar tersebut mempunyai pengalaman membanggakan apabila pernah dinobatkan sebagai juara dan memenangi pingat emas dalam pertandingan World Chefs Championship.
Turut hadir menyaksikan demonstrasi masakan ialah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar; Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi; Pengurus Khidmat Pengurusan, Cik Suhaila binti Hamzah; serta Pegawai Pembangunan KEDA Zon 5 Baling, Encik Mohamad Nasri bin Ahmad Shukri.
Demonstrasi tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir. Menariknya, seorang pengunjung dari Manjung, Perak turut berpeluang merasai sendiri hidangan yang disediakan. Hidangan berkenaan mendapat maklum balas positif apabila pengunjung menyifatkannya sebagai sedap, unik dan mempunyai cita rasa tersendiri.
Dalam kesempatan tersebut, Pengurus Besar KEDA turut menyampaikan saguhati kepada pengunjung bertuah yang meluangkan masa menyaksikan demonstrasi masakan berkenaan.
Beliau turut mengambil kesempatan melawat sepuluh reruai usahawan bimbingan KEDA yang turut menyertai Baling Escapade Festival 2026, sekali gus memberi sokongan dan dorongan kepada usahawan tempatan dalam usaha memperkenalkan serta memasarkan produk mereka kepada pengunjung.
Penglibatan KEDA dalam acara ini bukan sahaja mengetengahkan keunikan makanan warisan Kedah, malah turut menjadi platform dalam memperkasakan bakat tenaga pengajar Kolej KEDA serta membuka ruang promosi kepada usahawan bimbingan KEDA, selaras dengan aspirasi KEDA untuk terus mensejahterakan luar bandar.
#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
KEDA PERKASA PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME KKDW 2026
KLANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan penyediaan Laporan Kajian Penilaian Outcome Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dilaksanakan secara berkualiti, komprehensif dan berimpak.
Sehubungan itu, Bengkel Kick Off Penyediaan Laporan Kajian Penilaian Outcome KKDW 2026 telah berlangsung selama tiga hari, bermula 29 hingga 31 Julai 2026, bertempat di Wyndham Acmar, Klang.
Bengkel ini melibatkan kerjasama Kolej KEDA dan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) KEDA dalam memperkemas proses penyediaan laporan kajian, di samping memastikan maklumat, pencapaian serta impak program yang dinilai dapat didokumentasikan secara sistematik dan menyeluruh.
Pelaksanaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) ini adalah selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012: Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome, yang bertujuan mengukur tahap pencapaian dan keberhasilan sesuatu program atau projek pembangunan yang telah dilaksanakan.
Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan (PP) selaku urusetia utama Jawatankuasa Kajian Penilaian Outcome (JKPO) KKDW turut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan tatacara pelaksanaan KPO serta meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam penyediaan laporan penilaian outcome yang berkualiti.
Menerusi bengkel ini, Team Kolej KEDA dan Team BPU KEDA akan meneruskan kerjasama serta komitmen dalam menghasilkan Laporan Penilaian Outcome Tahun 2026 yang berkualiti, menyeluruh dan berasaskan bukti.
Usaha ini penting bagi memastikan setiap program dan projek pembangunan yang dilaksanakan KEDA dapat dinilai berdasarkan pencapaian, keberhasilan serta impak yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar.
Penilaian yang sistematik ini sekali gus dapat menyokong usaha KEDA dalam memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap inisiatif pembangunan yang dilaksanakan terus memberi nilai dan manfaat kepada masyarakat luar bandar.
#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/155
Perkhidmatan Penorehan (Pengeluaran Sekerap) di Projek Ladang Sejahtera Agropolitan Sik, Bendang Man, Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/154
Menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan bagi Pelajar Program Tahfiz TVET @ Kolej KEDA.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/152
Perkhidmatan Perlindungan Takaful Kebakaran, Segala Risiko dan Cermin Kaca ke Atas Aset Tak Alih Milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kategori Bangunan KEDA bagi Tempoh Satu (1) Tahun.
