Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 15:09:02 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 15:09:02
Hubungi Kami


.

.

KEDA LANCAR BATIK RONALOKA TONJOL KEUNIKAN BATIK TANAH LIAT KEDAH

KEDA LANCAR BATIK RONALOKA TONJOL KEUNIKAN BATIK TANAH LIAT KEDAH

PENDANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus memperkasa pembangunan usahawan wanita luar bandar menerusi pelancaran *Batik RONALOKA*, yang menampilkan keunikan batik berasaskan tanah liat dari negeri ini.

Inisiatif ini dilihat sebagai pendekatan baharu dalam industri batik tempatan yang lazimnya sinonim dengan negeri Terengganu, sekali gus membuktikan bahawa Kedah juga mampu menghasilkan produk batik dengan identiti tersendiri.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh wakil Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Pendang, Encik Mohamad Fadzil bin Zolkipli.

Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar; Pengarah TVET MARA Alor Setar, Encik Ku Madzly bin Ku Yahya; Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Kedah, Encik Aman Redza bin Radzi; serta Pengurus Pembangunan Usahawan KEDA, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.

Pelancaran Batik RONALOKA ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Keusahawanan Wanita di Wilayah KEDA (*Women Biz Entrepreneurship*), yang memberi peluang kepada wanita luar bandar menjadikan bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan mampan.

Program ini melibatkan tiga usahawan wanita yang mengusahakan penghasilan batik menggunakan elemen tanah liat sebagai bahan utama, sekali gus menonjolkan keunikan seni dan warisan tempatan Kedah.

Melalui program ini, peserta menerima bantuan komprehensif melibatkan penyediaan mesin dan peralatan, naik taraf premis, serta bimbingan keusahawanan dan promosi pemasaran, dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM200,000.

Selain itu, pendekatan secara berkelompok turut diterapkan bagi membantu golongan sasar mengurus perniagaan secara lebih sistematik dan berdaya saing, seterusnya melahirkan usahawan wanita yang mampu berdiri sebagai pemilik perniagaan yang berjaya.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi setempat melalui penglibatan wanita dalam keusahawanan, menyediakan pengetahuan serta teknik pemasaran terkini, selain memperkasakan industri produk luar bandar agar mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

Usaha ini sejajar dengan komitmen berterusan KEDA dalam memperkukuh pembangunan komuniti luar bandar, khususnya dalam melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan berinovasi.

#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah