Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 14:55:03 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 14:55:03
Hubungi Kami


.

.

KEDA RAI 34 ANAK DESA CEMERLANG SPM 2025

KEDA RAI 34 ANAK DESA CEMERLANG SPM 2025

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meraikan seramai 34 anak Desa KEDA yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menerusi Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik yang berlangsung di ABC Ballroom, di sini.

Daripada keseluruhan 264 calon anak Desa KEDA yang menduduki SPM 2025, seramai 34 orang atau 12.8 peratus berjaya memperoleh keputusan 5A ke atas.

Pecahan keputusan menunjukkan sembilan pelajar memperoleh 9A, diikuti enam pelajar (8A), lima pelajar (7A), tujuh pelajar (6A) dan tujuh pelajar (5A).

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024 yang merekodkan jumlah sama bagi pencapaian 5A ke atas, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha berterusan KEDA dalam memperkasa pendidikan anak luar bandar.

Turut membanggakan, seramai lapan anak kakitangan KEDA turut tersenarai sebagai pelajar cemerlang dalam SPM 2025.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar para pelajar ini menjadi “ikon harapan” kepada masyarakat luar bandar.

“Apabila anda pulang ke kampung, jadilah contoh terbaik kepada adik-adik bahawa anak kampung juga mampu menguasai Bahasa Inggeris, cemerlang dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau serta memiliki sahsiah diri yang tinggi,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar para pelajar sentiasa merendah diri, tidak melupakan asal-usul dan terus berbakti kepada masyarakat serta KEDA pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengurus Besar KEDA memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) dalam memperkasa pendidikan anak luar bandar.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk Program Tuisyen SPM yang melibatkan 113 buah sekolah di seluruh negeri Kedah dengan peruntukan sebanyak RM395,500 di bawah Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN).

Selain itu, KEDA bersama JPNK turut memperkenalkan Program 100 Permata Luar Bandar Negeri Kedah 2024 yang menyasarkan melahirkan 100 pelajar memperoleh keputusan ‘Straight A’, dengan sumbangan dana sebanyak RM50,000 daripada KEDA bagi merealisasikan usaha tersebut.

Majlis turut dihadiri Ahli Exco Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali; Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Dato’ Aminuddin Omar; Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran, Unit Sains Sosial JPN Kedah, Nornisa binti Asmaran; serta penceramah jemputan, pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah yang menyampaikan ceramah motivasi kecemerlangan kepada para pelajar.

#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah