Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 14:55:16 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 14:55:16
Hubungi Kami


.

.

32 TERIMA SIJIL TAMAT LATIHAN KURSUS AI GENERATIF, KULINARI DAN PRAMUSAJI

32 TERIMA SIJIL TAMAT LATIHAN KURSUS AI GENERATIF, KULINARI DAN PRAMUSAJI

ALOR SETAR – Seramai 32 peserta Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima sijil tamat latihan bagi Kursus AI Generatif, Kursus Kulinari dan Pramusaji dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

KEDA memperuntukkan sebanyak RM96,000 bagi menjayakan program latihan ini sebagai usaha memperkasa kemahiran belia luar bandar agar lebih berdaya saing dalam pasaran kerja semasa.

Daripada jumlah tersebut, seramai 16 peserta mengikuti Kursus AI Generatif (Associate) di bawah Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), manakala 16 peserta lagi mengikuti Kursus Kulinari dan Pramusaji di bawah bimbingan CTP Training & Consultancy.

Majlis penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar bersama Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA.

Turut hadir ialah Pegawai Pembangunan Zon 7 Kuala Muda/Yan, Encik Anuar bin Omar; Pengurus CTP Training & Consultancy, Puan Siti Rohani binti Ahmad; serta Pengarah Eksekutif KISMEC, Tuan Haji Mohd Yusuri bin Yusoff.

Pelaburan dalam latihan kemahiran ini bukan sahaja memberi pulangan kepada peserta, malah menjadi strategi penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar.

Seiring perkembangan teknologi global, penguasaan bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi keperluan utama. Berdasarkan laporan World Economic Forum (WEF), AI dijangka mewujudkan jutaan peluang pekerjaan baharu di seluruh dunia, sekali gus membuka ruang kepada tenaga kerja tempatan untuk bersaing di peringkat global.

Dalam masa sama, kesemua graduan Kursus Kulinari dan Pramusaji berjaya mencapai kadar kebolehpasaran 100 peratus apabila ditawarkan pekerjaan sejurus tamat latihan, termasuk di hotel-hotel terkemuka seperti The Jerai Hill Resort dan rangkaian The Jerai Hotel.

Kejayaan ini membuktikan bahawa program latihan di bawah PLKK menepati kehendak industri, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir tempatan yang mampu mengisi jawatan profesional yang sebelum ini didominasi oleh tenaga luar.

KEDA berharap lebih ramai belia luar bandar akan mengambil peluang menyertai program seumpama ini bagi meningkatkan taraf hidup serta menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.


📸 Gambar aktiviti boleh diakses di sini:
https://photos.app.goo.gl/Hs4pSGrsewDWV6QC6


#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah