SALURAN ADUAN INTEGRITI

Unit Integriti dan Perundangan KEDA menyediakan Saluran Aduan Integriti bagi menambah baik tadbir urus di KEDA. Warga KEDA dan orang awam yang mempunyai pengetahuan mengenai sebarang kelakuan tidak wajar boleh membuat aduan melalui saluran-saluran seperti berikut:

Telefon di talian 04-7205 314 (Ketua Unit Integriti dan Perundangan)

Emel ke integriti@keda.gov.my

Hadir ke Unit Integriti dan Perundangan KEDA di Tingkat 5, Ibu Pejabat KEDA.

Surat dialamatkan kepada:

Ketua Unit Integriti dan Perundangan KEDA
Tingkat 5, Kompleks Ibu Pejabat KEDA,
KM7 Jalan Langgar, 05460,
Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Identiti pengadu akan dirahsiakan dan dilindungi di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Aduan Integriti boleh dibuat bagi kesalahan rasuah, salah guna kuasa, salah laku, penyelewengan serta kesalahan-kesalahan di bawah Akta yang berkuatkuasa.