SOALAN LAZIM
Sektor Pertanian dan Penternakan
Apakah program-program pertanian dan penternakan yang dilaksanakan oleh KEDA?
Jawapan
a) Projek Peningkatan Ekonomi Petani Kedah
i. Ternakan Lobster
ii. Ternakan Rusa
iii. Tanaman Kopi
iv. Tanaman Cendawan
v. Tanaman Cili Fertigasi
b) Projek Pemulihan Dan Menaiktaraf Sawah dan Tanah Terbiar di Kawasan Terpencil
Soalan 2
Siapakah yang layak untuk memohon bantuan pertanian ini?
Jawapan
Petani atau penternak yang mengusahakan projek pertanian ataupun penternakan dan berkeinginan untuk mengembangkan projek yang diusahakan.
Soalan 3
Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan pertanian ini?
Jawapan
Pemohon perlu menulis surat kepada Pengurus Besar KEDA sama ada secara pos atau emel (keda@keda.gov.my) dengan menyatakan hasrat permohonan dan disertakan dengan butir-butir diri pemohon dan latar belakang projek yang diusahakan serta gambar-gambar projek sedia ada.
Sektor Usahawan
Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk menyewa premis/bengkel perniagaan yang diuruskan oleh KEDA?
Jawapan
Bagi permohonan penyewaan premis/bengkel perniagaan KEDA, permohonan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Industri Desa & Usahawan, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pusat Pembangunan Usahawan KM 17.5 , Lebuhraya Utara Selatan Pekan Napoh, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
Soalan 2
Apakah skim bantuan atau program keusahawanan yang terdapat di KEDA?
Jawapan
Antara skim bantuan atau program keusahawanan yang terdapat di KEDA adalah :
i. Program Latihan Keusahawanan
ii. Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran
iii. Program Penambahbaikan Pembungkusan dan Pelabelan
iv. Program Menaiktaraf Pensijilan
v. Promosi dan Pemasaran
Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Industri Desa & Usahawan di talian 04-9179520.
Sektor Pembasmian Kemiskinan
Soalan 1
Siapakah yang layak memohon Program Peningkatan Pendapatan (PPP)?
Jawapan
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut :
i. Disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
ii. Diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri/Daerah/Agensi Pelaksana; atau
iii. Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KPLB.
Projek-projek ekonomi PPP memberi tumpuan kepada empat (4) skop berikut :
a) Projek Ekonomi Berasaskan Aktiviti Perkhidmatan
Projek-projek ekonomi yang memberikan perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama projek seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut dan lain-lain.
b) Projek Ekonomi Berasaskan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan. Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penjualan produk seperti makanan/minuman dan barangan sebagai aktiviti utama projek.
c) Projek Ekonomi Berasaskan Perusahaan Sumber Asas Tani/ Perikanan/ Penternakan
Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penghasilan produk/memproses bahan-bahan mentah pertanian sebagai aktiviti utama projek.
d) Projek Ekonomi Berasaskan Aktiviti Pertanian/Perikanan/Penternakan
Projek-projek yang meliputi aktiviti tanaman (sayur-sayuran/buah-buahan dan lain-lain), ternakan (lembu/ayam/kambing dan lain-lain) dan perikanan (peralatan menangkap ikan/ternakan ikan dalam sangkar dan lain-lain).
Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) boleh mengisi borang yang disediakan di Pejabat Zon Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di daerah masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Kelulusan bagi permohonan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) adalah berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan oleh KEDA serta tertakluk kepada bajet dan kelulusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Soalan 2
Apakah program-program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan Dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK).
Jawapan
Program-program yang di laksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan Dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK) merangkumi 4 skop projek iaitu :
1. Program Transformasi Desa & Pengupayaan Komuniti (PTDPK), merangkumi 6 aktiviti iaitu :
a) Pembangunan Generasi Pewaris
Bantuan Projek Ekonomi Belia Lelaki, Bantuan Projek Ekonomi Beliawanis, Kursus Bina Insan Belia dan Kursus Pengurusan Projek Ekonomi.
b) Pembangunan Minda Insan Dan Pengajian Sepanjang Hayat
Forum Perdana, Kursus Pemantapan Solat, Kursus Pemantapan Imam & Bilal, Kem Motivasi Pelajar SPM & UPSR, Bengkel Hala Tuju Lepasan SPM, Kursus Kesedaran Hak Wanita, Kursus Pengurusan Jenazah dan Kursus Penyembelihan.
c) Pembangunan Modal Insan
Kursus Kemahiran Keibubapaan, Kem Pemantapan Jati Diri dan Seminar Motivasi Solat (i-SMART).
d) Aktiviti Kesenian Dan Kebudayaan
Festival Kesenian & Kebudayaan Islam dan Aktiviti Kesenian & Kebudayaan.
e) Aktiviti Kemasyarakatan Turun Padang
Aktiviti Pengurusan & Kesedaran Sisa Pepejal / Keceriaan Kampung, Aktiviti Masyarakat Penyayang dan Pengimarahan Ramadhan.
f) Pengupayaan Pusat Komuniti Desa Kedah
Latihan Komuniti, Program Kesukarelawan & Kemasyarakatan dan Perkhidmatan Setempat.
2. Program Pemerkasaan Ekonomi Institusi Luar Bandar (PPEI), merangkumi dua aktiviti iaitu :
a) Pengurusan Dan Pentadbiran Institusi Luar Bandar (Kursus Pengurusan Kepimpinan dan Pengurusan Kewangan)
Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (4P), Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (Koperasi), Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (MPKK) dan Kursus Kepimpinan Desa.
b) Pengurusan Projek (Kursus / Latihan) – Dana Pelancaran Projek
Kursus Pengurusan Projek dan Kewangan (Koperasi), Dana Projek Ekonomi, Majlis Penerangan dan Pelancaran Projek dan Geran Pelancaran Koperasi (Desa KEDA Che Bema dan Desa KEDA Teluk Berembang).
3. Program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT), merangkumi tiga aktiviti iaitu :
a) Kemudahan Infrastruktur dan Kemudahan Asas Perniagaan yang Bersesuaian
Pusat Pengumpulan, Bengkel IKS dan Gerai IKS.
b) Pembangunan Modal Insan
Aktiviti Keceriaan Kampung dan Gaya Hidup Sihat, Kursus Kepimpinan Kampung, Bengkel Kemahiran Keibubapaan, Pecutan Akhir (UPSR & SPM), Tuisyen Harapan (UPSR & SPM), Kursus Pengurusan Projek Pertanian, Kursus Pengurusan Projek Ternakan dan Kursus Pengurusan Projek Perniagaan.
c) Projek-Projek Ekonomi Berasas Pertanian, Ternakan Dan Perniagaan
Projek Pertanian, Projek Ternakan dan Projek Perniagaan.
4. Projek Pembangunan Akademi Al-Hidayah, Sungai Jagung, Sungai Petani :
a) Pembangunan Modal Insan
Pengajian Sepanjang Hayat, Peningkatan Kemahiran, Diskusi Perdana dan Bicara Ilmu, Pengajian Umum dan Pra Tahfiz.
Sektor Pembangunan Modal Insan
Soalan 1
Apakah kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej KEDA?
Jawapan
Kolej KEDA melaksanakan 8 kursus Kemahiran Vokasional meliputi 19 Program iaitu:
a) Teknologi Kimpalan (Welding) (Tahap 1,2 & 3)
i. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
ii. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
iii. Jurukimpal Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
iv. Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat)
b) Teknologi Motosikal (Tahap 3)
i. Juruteknik Motosikal
ii. Juruteknik Motosikal Kanan
iii. Penyelia Juruteknik Motosikal
c) Teknologi Fabrik Wanita (Tahap 1, 2 & 3)
d) Teknologi Fabrik Lelaki (Tahap 1 & 2)
i. Pembuat Pakaian Lelaki
ii. Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
e) Teknologi Elektrik (Tahap 1 & 2)
i. Juruteknik Elektrik Rendah
ii. Juruteknik Elektrik
iii. Sijil PW1 & PW 2 (ST)
f) Teknologi Penyedia Makanan (Tahap 2 & 3)
i. Penyedia Makanan
ii. Ketua Seksyen Penyedia Makanan
g) Penyejukbekuan & Penyaman Udara (Tahap 2 & 3)
h) Teknologi Automotif (Tahap 2)
i) Kursus-Kursus Jangka Pendek adalah :
i. Kursus Komputer
ii. Keusahawanan Am
iii. Keusahawanan Masakan
iv. Keusahawanan Jahitan
v. Kursus-kursus Asas Elektrik, Motosikal dan Kimpalan
vi. Kursus-kursus Pembangunan Keusahawanan
Soalan 2
Apakah syarat-syarat utama kemasukan untuk mengikuti latihan di Kolej KEDA?
Jawapan
Di antara syarat-syarat minima adalah :
i. Warganegara Malaysia
ii. Boleh membaca, menulis dan mengira
iii. Bumiputera
iv. Berumur 18 tahun ke atas
v. Sihat mental dan Fizikal
vi. Pelajar yang ditawarkan tempat akan ditempatkan di asrama yang disediakan.
Soalan 3
Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar yang mengikuti latihan di Kolej KEDA?
Jawapan
Di antara kemudahan yang Kolej KEDA dapat sediakan ialah :
i. Pembiayaan latihan, bahan, dan peralatan pembelajaran adalah percuma.
ii. Kemudahan penginapan disediakan.
iii. Dilengkapi kemudahan teknologi maklumat.
iv. Makan dan minum ditanggung sepenuhnya.
v. Tenaga Pengajar yang mahir dan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
vi. Aktiviti Ko-Kurikulum seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Seni mempertahankan diri, Kelab dan sebagainya.
vii. Kemudahan Rekreasi seperti Sukan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar dan Ping Pong.
viii. Kemudahan Aktiviti Kembara dan Riadah.
Soalan 4
Bagaimanakah cara-cara memohon untuk mengikuti kursus di Kolej KEDA?
Jawapan
Kolej KEDA membuat 2 kali pengambilan iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Iklan dan syarat-syarat permohonan boleh dilayari di laman sesawang www.kolejkeda.edu.my dan www.keda.gov.my. Semua permohonan adalah secara atas talian di laman sesawang daftar.kolejkeda.edu.my.
Soalan 5
Apakah peluang kerjaya yang diperolehi oleh pelajar lepasan Kolej KEDA?
Jawapan
Dari segi peluang kerjaya, kebanyakan lepasan Kolej KEDA berkhidmat dengan majikan di Industri, bekerja sendiri, menjadi usahawan dan menjadi tenaga pengajar serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pihak industri memerlukan ramai tenaga mahir dalam kesemua bidang terutama bidang kimpalan dan motosikal. Namun tidak terkecuali bidang jahitan, pendawaian elektrik, Penyejukbekuan dan penyaman udara dan Penyediaan Makanan pihak industri, Syarikat dan Perhotelan memerlukan tenaga lepasan untuk berkhidmat dengan mereka.
Untuk makluman dalam bidang elektrik peluang kerja cukup cerah kerana negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir yang Kompetan dalam bidang ini. Sesungguhnya negara kita amat memerlukan tenaga mahir bagi mencapai Negara Maju menjelang tahun 2020.
Soalan 6
Apakah program-program latihan kemahiran bagi golongan belia?
Jawapan
KEDA melaksanakan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK). PLKK menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Sijil Kemahiran Malaysia SKM I, SKM II dan SKM III.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya peserta mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan peserta serta keluarga dari belenggu kemiskinan.
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut :
(i) disahkan sebagai miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) berserta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
(ii) diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri atau Daerah (FG); dan
(iii) bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KPLB.
Syarat-syarat PLKK adalah seperti berikut :
(i) Pelatih/Peserta PLKK adalah warganegara Malaysia;
(ii) Had umur pelatih adalah 15 tahun ke atas. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada belia di bawah umur 40 tahun;
(iii) Keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengira (3M);
(iv) Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
(v) Keutamaan kepada pelatih/peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan;
(vi) Pelatih/peserta yang telah tamat Tahap 1 dan Tahap 2 serta berpotensi untuk meneruskan pengajian ke Tahap 3 di tempat latihan yang sama atau lain-lain tempat latihan;
(vii) diperaku oleh Mesyuarat Jawatankuasa PLKK peringkat KPLB; dan
(viii) bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan.
Sektor-sektor kemahiran yang dibiayai di bawah PLKK adalah seperti berikut :
i. Elektrik & elektronik, telekomunikasi & industri penyiaran
ii. Teknologi maklumat & komunikasi
iii. Pemesinan & peralatan
iv. Perkhidmatan & penyelenggaraan mekanikal & elektrik
v. Pengangkutan
vi. Bahan
vii. Pembungkusan
viii. Percetakan
ix. Kimia
x. Perubatan & farmaseutikal
xi. Hospitaliti & pelancongan
xii. Cenderahati & industri kecil
xiii. Bangunan & pembinaan
xiv. Lanskap & alam sekitar
xv. Sumber asas
xvi. Pengurusan bisnes
xvii. Tekstil & pakaian
xviii. Pertanian dan asas tani
xix. Pertukangan kayu dan perabot
xx. Bioteknologi
xxi. Pendidikan & perkhidmatan latihan
xxii. Minyak & gas
xxiii. Industri halal
xxiv. Industri perkhidmatan logistik bersepadu
xxv. Perniagaan secara distributif
xxvi. Pertahanan & perkhidmatan keselamatan
xxvii. Penjagaan & perkhidmatan komuniti
xxviii. Seni & kebudayaan
xxix. Industri perlombongan
Selain itu, KPLB juga dari masa ke semasa boleh memberikan pertimbangan kelulusan bagi bidang-bidang latihan kemahiran yang baharu dan mempunyai potensi serta permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan.
Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan berkelayakan untuk memohon latihan di bawah Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) boleh memberikan maklumat pemohon/peserta di Pejabat Zon Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di daerah masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Kelulusan bagi permohonan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) adalah tertakluk kepada bajet dan kelulusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Sektor Infrastruktur dan Prasarana
Soalan 1
Adakah KEDA mempunyai bantuan Bina Baharu dan Baikpulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)? Jika YA, bagaimanakah cara untuk memohon?
Jawapan
Pihak KEDA hanya bertindak sebagai Agensi Pelaksana sahaja. Sebarang permohonan di bawah program ini haruslah melalui Pejabat Daerah & Tanah di daerah masing-masing.
Soalan 2
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan kerja-kerja Bina Baharu dan Baikpulih sesebuah rumah?
Jawapan
Masa yang diambil untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut ialah :
i) Bina Baharu (Konvensional) – 16 minggu ke 18 minggu
ii) Bina baharu (IBS) – 12 minggu ke 14 minggu
iii) Baikpulih Rumah – 2 minggu ke 4 minggu
Sekiranya terdapat masalah di tapak, masa tersebut mungkin akan menjadi lebih panjang.
Soalan 3
Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa dan Ameniti Sosial?
Jawapan
Permohonan boleh dilakukan melalui surat yang ditulis oleh pihak Penghulu Mukim atau Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Surat tersebut boleh dihantar kepada Pejabat KEDA Zon di daerah masing-masing sebelum pihak Pejabat KEDA Zon memanjangkan permohonan tersebut kepada Bahagian Hartanah dan Prasarana KEDA.
Soalan 4
Adakah setiap permohonan bantuan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa dan Ameniti Sosial akan diterima atau akan disiasat terlebih dahulu?
Jawapan
Setiap permohonan akan diteliti terlebih dahulu oleh Bahagian Hartanah dan Prasarana KEDA dari segi kesesuaian tapak, keadaan sebenar di tapak, dan kekerapan penggunaan jalan/bangunan. Sekiranya permohonan diterima, pihak KEDA akan melakukan proses perolehan untuk melantik kontraktor yang bersesuaian sebelum kerja-kerja di tapak dijalankan oleh kontraktor yang telah dipilih.
Soalan 5
Bagaimana cara untuk memohon rumah PPRT Desa-Desa KEDA?
Jawapan
Permohonan rumah PPRT Desa-Desa KEDA boleh dibuat di Pejabat-Pejabat Zon KEDA yang terdekat mengikut daerah masing-masing. Pemohon (iaitu Ketua Isi Rumah) perlu menghantar surat permohonan rumah serta melampirkan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan suami/isteri, salinan kad pengenalan atau sijil lahir anak/tanggungan, sijil nikah, sijil cerai atau sijil kematian pasangan serta dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada). Disarankan untuk mendaftar E-Kasih sekiranya pemohon membuat permohonan rumah PPRT.
Soalan 6
Apakah syarat kelayakan permohonan rumah PPRT Desa-Desa KEDA?
Jawapan
Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut: –
A. Pemohon tidak mempunyai rumah dan tapak atau tanah sendiri.
B. Pendapatan kurang daripada RM1,000.00 sebulan atau RM 200.00 per kapita/seorang (mengikut kadar kelayakan permohonan E-Kasih).
C. Telah berkahwin atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
D. Berumur 35 tahun ke atas dan 60 tahun ke bawah (kecuali kes-kes kritikal/kurang upaya).
E. Mempunyai tanggungan 4 orang ke atas (tidak termasuk anak yang telah berkeluarga dan tertakluk kepada pendapatan per kapita).
F. Belum menerima apa-apa bantuan perumahan dari mana-mana agensi.
Soalan 7
Berapakah tempoh masa permohonan rumah PPRT Desa-Desa KEDA akan diproses?
Jawapan
Permohonan rumah PPRT Desa-Desa KEDA tidak mempunyai tempoh masa yang tertentu. Permohonan pemohon akan diproses sekiranya terdapat kuota kekosongan rumah PPRT Desa-desa KEDA (mengikut daerah yang dimohon).
Soalan 8
Bagaimanakah proses pemilihan permohonan rumah PPRT Desa-desa KEDA dijalankan?
Jawapan
Proses pemilihan permohonan rumah PPRT Desa-desa KEDA dimulakan dengan proses siasatan kepada pemohon oleh Pegawai Zon KEDA (mengikut daerah masing-masing). Sekiranya selepas siasatan pemohon tersebut menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, beliau akan dipanggil untuk satu sesi temuduga. Pemilihan peserta baru akan dibuat berdasarkan oleh penilaian panel-panel penemuduga.
Soalan 9
Berapakah tempoh masa pindahmilik geran akan diproses?
Jawapan
Tempoh proses pindahmilik geran hampir 3 bulan termasuk proses di Pejabat Tanah dan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (duti setem).
Soalan 10
Bolehkah pindahmilik kali kedua dilaksanakan selepas geran didaftarkan kepada penama terbaru?
Jawapan
Pindahmilik kali kedua tidak boleh dilaksanakan kerana setiap geran mempunyai sekatan pindahmilik selama 10 tahun. Tuan/puan perlu merujuk kepada Pejabat Tanah Daerah untuk pertanyaan lebih lanjut berkenaan pembukaan sekatan tersebut.
Soalan 11
Siapakah yang perlu membayar bayaran hasil tanah selepas pindahmilik geran selesai dilaksanakan?
Jawapan
Bayaran hasil tanah perlu dibayar oleh pemilik baru yang telah didaftarkan namanya di dalam geran tersebut.
Soalan 12
Siapakah yang perlu membayar cukai pintu selepas pindahmilik geran selesai dilaksanakan?
Jawapan
Cukai pintu perlu dibayar oleh pemilik bangunan yang namanya telah didaftarkan di dalam geran tersebut.