PROGRAM PEMERKASAAN PENJENAMAAN USAHAWAN DI WILAYAH KEDA (JENAMA)

PENGENALAN

Program Pemerkasaan Penjenamaan Usahawan di Wilayah KEDA (JENAMA) adalah program yang membantu usahawan luar bandar dalam pembangunan dan pemasaran produk yang dihasilkan di seluruh Negeri Kedah selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Teras 2 : Keusahawanan iaitu KU 3: Membangun Produk Dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian (E-commerce).

Melalui program ini produk usahawan luar bandar yang berpotensi akan disuntik dana melalui peningkatan kualiti pembungkusan dan pelabelan dalam usaha membantu bersaing dengan produk–produk yang berjenama di pasaran. Setiap produk yang telah dinaik taraf dari segi pembungkusan akan diberi peluang promosi dan pemasaran secara online dan offline.

Setiap usahawan akan diberi bantuan merangkumi komponen-komponen berikut:

  1. Bantuan Pembungkusan dan Pelabelan;
  2. Bantuan Promosi Pemasaran.

OBJEKTIF

Mewujudkan medium promosi produk usahawan luar bandar melalui visual iaitu reka bentuk, warna, lukisan dan grafik yang dapat menarik perhatian pelanggan.

Memperkenalkan identiti syarikat melalui logo, jenama dan tagline yang digunakan dalam branding bagi mewujudkan brand visibility di pasaran.

Meningkatkan kualiti pembungkusan dan pelabelan produk usahawan luar bandar dari segi paparan maklumat produk seperti nutrition facts, barcode, bahan, tarikh luput.


KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini adalah usahawan luar bandar.

Syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Mempunyai sijil pendaftaran perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih dalam tempoh sah laku;
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan di dalam Wilayah KEDA; dan
  1. Pemohon yang mempunyai premis perniagaan/ bengkel operasi diberikan keutamaan.

Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KEDA.

SKOP DAN KADAR BANTUAN

Skop bantuan Program (JENAMA) adalah merangkumi Pembungkusan dan Pelabelan serta Promosi dan Pemasaran.

Kadar bantuan adalah seperti di Jadual 1:

Bil

Skop Bantuan

Kadar Bantuan Maksima (RM)

1

Pembungkusan dan Pelabelan

20,000.00

2

Promosi dan Pemasaran

Mengikut Keperluan

Jadual 1: Kadar Bantuan Program JENAMA

Kluster yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

Bil Bidang/Kluster Sub Bidang/ Sub Kluster
1. Makanan & Minuman ·         Minuman
·         Makanan
·         Makanan Sejuk Beku
·         Pes/ Sos/ Kicap
·         Kulinari
·         Makanan Segera
·         Snek
2. Kesejahteraan ·         Spa
·         Kosmetik
·         Makanan Tambahan (supplement/Nutrition)
·         Detergent
·         Fitness
3. ICT dan Kreatif ICT ·         e-Commerce
·         Animasi/ Multimedia
·         Printing
·         Telekomunikasi
·         Aksesori/ Gajet
4. Gaya Hidup ·         Fesyen
·         Aksesori Perhiasan
·         Kraf
·         Perabot
·         Pelancongan
·         Butik Vendor
·         Dandanan Rambut