PROGRAM INSENTIF PENINGKATAN USAHAWAN TERAMPIL (INPUT)

 PENGENALAN

Program Insentif Peningkatan Usahawan Terampil (INPUT) adalah program yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran produk. Melalui program ini, bantuan mesin akan diberikan kepada usahawan bagi meningkatkan kadar pengeluaran produk serta meningkatkan pendapatan mereka. Pemilihan usahawan adalah dari kalangan mereka yang  mengeluarkan produk dengan menggunakan kaedah tradisional atau manual dan  mempunyai kebergantungan tinggi kepada tenaga pekerja.

Seiring dengan kemajuan dalam pengeluaran, usahawan juga akan didedahkan dengan konsep coaching dan mentoring dalam menguruskan perniagaan. Transfer of knowledge melalui kaedah ini dilihat lebih berkesan kerana terdapat bimbingan berterusan bagi memastikan ilmu yang dipelajari dapat dipraktikan dalam perniagaan dan seterusnya mewujudkan suatu bentuk pengurusan yang bersistematik dan berkesan.

Setiap usahawan akan diberi bantuan yang merangkumi komponen-komponen berikut:

  1. Bantuan Mesin dan Peralatan; dan
  2. Bantuan Coaching dan

OBJEKTIF

Membantu meningkatkan volum pengeluaran bagi produk usahawan luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan di pasaran sebagai produk komersial.

Menyediakan khidmat bimbingan dan nasihat keusahawanan melalui coaching dan mentoring bagi memastikan transfer of knowledge yang berlaku dipraktikkan secara berkesan.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini adalah usahawan luar bandar .

Syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Mempunyai sijil pendaftaran perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih dalam tempoh sah laku;
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan di dalam Wilayah KEDA; dan
  1. Pemohon yang mempunyai premis perniagaan/ bengkel operasi diberikan keutamaan.

Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KEDA.

SKOP DAN KADAR BANTUAN

Skop bantuan Program INPUT adalah merangkumi Mesin dan Peralatan dan Coaching dan Mentoring.

Kadar bantuan adalah seperti di Jadual 1:

Bil

Skop Bantuan

Kadar Bantuan Maksima (RM)

1

Mesin dan Peralatan

20,000.00

2

Coaching dan Mentoring

20,000.00

 

Jadual 1: Kadar Bantuan Program INPUT

Kluster yang terlibat dalam program ini adalah seperti berikut:

Bil Bidang/Kluster Sub Bidang/ Sub Kluster
1. Makanan & Minuman ·         Minuman
·         Makanan
·         Makanan Sejuk Beku
·         Pes/ Sos/ Kicap
·         Kulinari
·         Makanan Segera
·         Snek
2. Kesejahteraan ·         Spa
·         Kosmetik
·         Makanan Tambahan (supplement/Nutrition)
·         Detergent
·         Fitness
3. ICT dan Kreatif ICT ·         e-Commerce
·         Animasi/ Multimedia
·         Printing
·         Telekomunikasi
·         Aksesori/ Gajet
4. Gaya Hidup ·         Fesyen
·         Aksesori Perhiasan
·         Kraf
·         Perabot
·         Pelancongan
·         Butik Vendor
·         Dandanan Rambut