PROGRAM KEUSAHAWANAN WANITA DI WILAYAH KEDA (WOMEN BIZ ENTREPREUNEURSHIP)

LATAR BELAKANG

Peranan wanita dalam pembangunan ekonomi dan modal insan di luar bandar adalah sangat besar dan semakin mencabar. Justeru, KEDA menyusun semula peranan wanita ke arah yang lebih dinamik, iaitu memberi fokus kepada mewujudkan kumpulan usahawan wanita yang pro-aktif, berdaya saing dan mampu menggerakkan agenda ekonomi di luar bandar.

Pelbagai inisitif telah disusun untuk memberikan sokongan kepada usahawan wanita luar bandar seperti bantuan geran peralatan, promosi, latihan keusahawanan, dan pemantauan berterusan oleh agensi pelaksana bagi memudahkan urusan perniagaan golongan terbabit. Sehubungan itu, satu program baru diperkenalkan oleh KEDA untuk membantu kumpulan wanita yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan sebagai sumber dana agar lebih serius untuk berjaya melalui bidang keusahawanan.

Program ini menyediakan bantuan sokongan berbentuk peralatan dan promosi / latihan / kursus supaya peserta terlibat dalam melengkapkan diri untuk menjadi usahawan wanita dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan yang bersesuaian serta berupaya bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan taraf ekonomi setempat melalui platform keusahawanan kepada wanita.
  2. Menyediakan pengetahuan serta teknik pemasaran yang terkini kepada kelompok usahawan wanita.
  • Memperkasakan industri produk luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pasaran yang lebih luas melalui penyertaan golongan wanita.

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Menyediakan skim bantuan mesin dan peralatan secara berkelompok bagi memenuhi keperluan pengeluaran dan pemasaran.
  2. Menaik taraf premis bagi memenuhi kehendak pengeluaran serta mematuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Menyediakan siri latihan/kursus dan promosi pemasaran yang komprehensif bagi membolehkan produk dapat dipasarkan.