PROGRAM TRANSFORMASI PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN  ENTREPRENEURSHIP ECONOMIC DEVELOPMENT TRANSFORMATION PROGRAM (EDEP)

LATAR BELAKANG

Program Transformasi Pembangunan Keusahawanan Entrepreneurship Economic Development Transformation Program (EDEP) merupakan satu program  yang diwujudkan dalam membantu usahawan dan masyarakat luar bandar dalam pembangunan dan pemasaran produk yang dihasilkan di seluruh Negeri Kedah selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui
Teras 2 : Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi iaitu
Pernyataan Dasar 3: Membangun Produk Dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian (E-commerce).

Program EDEP melibatkan penyediaan kemudahan bagi meningkatkan martabat perniagaan bumiputera dan mewujudkan entiti pemasaran produk luar bandar bagi menembusi pasaran kuasa beli tinggi. Program ini akan memberi latihan kemahiran kepada kumpulan sasaran untuk membentuk semangat dan jiwa keusahawanan dalam diri mereka. Para usahawan yang mengeluarkan produk dengan menggunakan kaedah tradisional dan terlalu bergantung kepada tenaga pekerja akan diberikan bantuan mesin agar usahawan dapat mempertingkatkan kapasiti pengeluaran produk serta meningkatkan pendapatan.

Melalui pemantauan dan kajian yang dijalankan, usahawan-usahawan yang berpotensi akan disuntik dana dalam peningkatan kualiti pelabelan dan pembungkusan dalam membantu produk mereka agar dapat menyaingi produk–produk yang berjenama di pasaran. Dalam RMKe-12, siling peruntukan diluluskan bagi Program EDEP adalah sebanyak RM3,000,000.00.

OBJEKTIF

  1. Memberi latihan kemahiran kepada masyarakat luar bandar agar berdaya saing;
  2. Memasar dan mempromosikan produk usahawan luar bandar dengan lebih sistematik dan tersusun;
  • Membantu dalam menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan perlabelan produk yang berkualiti;
  1. Mengadakan program pemasaran produk bergerak yang lebih berkesan dan murah (Online Business Network); dan
  2. Menaik taraf kualiti dan kapasiti produk usahawan yang berpotensi dan berdaya saing.

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Melaksanakan Kursus/Latihan/Seminar dalam pelbagai bidang keusahawanan.
  2. Menaiktaraf usahawan dari aspek kapasiti pengeluaran, pembungkusan/pelabelan dan pensijilan.
  • Menjalankan aktiviti Promosi dan Pemasaran bagi menyebarluas networking