PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA DI BINJAL, DAERAH KUBANG PASU, NEGERI KEDAH
LATAR BELAKANG
Pusat Pertumbuhan Desa di Kampung Binjal, Asun merupakan sebuah Pusat Perumahan dan juga Pusat Perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ianya terletak di Daerah Kubang Pasu dan ia juga tempat strategik kerana terletak bersebelahan laluan utama. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan awam berkualiti dan mencukupi serta menyumbang kepada pengwujudan persekitaran tempat tinggal yang selamat, sihat dan harmoni
OBJEKTIF
Menyediakan kemudahan lengkap bagi membantu komuniti baru untuk memulakan kehidupan
SKOP
- Program Pembangunan Pusat Pertumbuhan Bandar dan Desa (PPD) bertujuan untuk membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar.
- Program ini dapat mempercepatkan proses pertumbuhan pekan-pekan kecil dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dan mencukupi.
KOMPONEN
- 50 Unit Rumah Teres 1 Tingkat
- 6 Unit Rumah Kedai 1 Tingkat
- Dewan Serbaguna Tertutup
- Surau
- Taman Permainan
- Gelanggang Futsal
- Dataran Niaga
- Loji Rawatan Kumbahan (STP)
- Kolam Takungan Air (KTA)
- Tangki Air Bermenara
- Substation TNB (Double Chamber) dan Kerja Infrastruktur