PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA DI DAERAH BALING, NEGERI KEDAH

LATAR BELAKANG

Memandangkan kawasan Baling agak ketinggalan dari arus pembangunan dibandingkan dengan kawasan sempadan di Daerah Baling, keperluan pembangunan projek-projek dalam kawasan ini perlu disemak semula. Justeru itu, rancangan pembangunan timbal balik (forward and backward linkages) di antara ekonomi bandar dan luar bandar perlu dirancang secara bersepadu dan komprehensif.

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan awam berkualiti dan mencukupi serta menyumbang kepada mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, sihat dan harmoni.

 

OBJEKTIF

  1. Objektif projek adalah untuk mewujudkan kawasan perumahan yang tersusun di mana 50 orang KIR dari Generasi Kedua Luar Bandar/Bumiputera Luar Bandar akan dapat peluang memiliki rumah kediaman sendiri
  1. Peningkatan taraf ekonomi dan kualiti hidup penduduk melalui perintegrasian projek-projek seperti Pasar Basah dan lain-lain serta mewujudkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan seimbang antara bandar dan luar bandar.

 

SKOP

  1. Program Pembangunan Pusat Pertumbuhan Bandar dan Desa (PPD) bertujuan untuk membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar
  1. Program ini dapat mempercepatkan proses pertumbuhan pekan-pekan kecil dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dan mencukupi
  1. Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) merupakan elemen penggerak bagi mewujudkan pengaliran ekonomi dua hala antara kawasan bandar dan luar bandar

 

KOMPONEN

  1. 50 Unit Rumah
  2. Rumah Kedai 2 Tingkat
  3. Dataran Perniagaan
  4. Tandas
  5. Surau
  6. Landskap
  7. Pembinaan Jalan Tar
  8. Kerja-kerja Infrastruktur