PROJEK NAIK TARAF IKS KEDA

LATAR BELAKANG

KEDA menyediakan kemudahan sewaan premis IKS bagi memudahkan usahawan desa menjalankan aktiviti perniagaan. Sehingga kini, pihak KEDA telah menyediakan kemudahan sebanyak 58 unit kilang, 142 unit bengkel, 166 unit rumah kedai, 106 unit gerai dan 163 unit lot industri.

Melalui kadar sewaan yang rendah, ia menarik minat usahawan menjalankan perniagaan dalam pelbagai kluster seperti otomotif, pembinaan, perkhidmatan, makanan dan minuman, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kesejahteraan dan gaya hidup. Projek menaiktaraf premis IKS KEDA ini dapat membantu menyediakan kemudahan yang terbaik kepada penyewa dan usahawan supaya lebih serius mengambil peluang yang disediakan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing di peringkat dan pasaran yang lebih meluas. 

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan taraf ekonomi setempat melalui kemudahan premis IKS yang lebih baik, kondusif dan selamat
  2. Mewujudkan persekitaran premis IKS KEDA yang bersih, indah dan menarik
  3. Memperkasakan industri produk luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pasaran yang lebih luas melalui kemudahan di premis IKS KEDA

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Menyediakan kemudahan menaiktaraf dan membaikpulih premis IKS KEDA untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan
  2. Menaiktaraf kemudahan sistem perparitan dan sanitasi/ pembentungan
  3. Membina dan menaiktaraf pagar dan landskap serta kerja-kerja lain yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa