PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD)
LATAR BELAKANG
Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan sistem perhubungan di kawasan wilayah KEDA. Hal ini kerana terdapat keperluan jalan-jalan kampung yang
menghubungkan kampung-kampung berdekatan ke jalan utama. Pelaksanaan projek ini merangkumi bina baharu / baik pulih / naik taraf jalan serta kerja berkaitan di kawasan penempatan penduduk luar bandar. Di samping itu, peruntukan ini juga telah digunakan untuk membaik pulih jalan-jalan lama yang rosak dan yang perlu dibaiki untuk memudahkan aksesibiliti penduduk.
OBJEKTIF
- Objektif projek adalah untuk meningkatkan taraf aksesibiliti penduduk luar bandar agar boleh melibatkan diri dengan arus perdana pembangunan
- Mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, selesa dan memuaskan melalui pembinaan/naik taraf/baik pulih jalan kampung yang lebih sempurna
SKOP DAN KOMPONEN
- Membina jaringan jalan yang menghubungkan sebuah kampung ke kampung lain dan jaringan dengan jalan utama ke pekan/bandar dalam Wilayah KEDA
- Membina dan menaik taraf jalan baru (jalan tanah merah, jalan crusher run dan jalan premix)
- Menaik taraf/turap semula jalan sedia ada (jalan tanah merah, jalan crusher run dan jalan premix)