PERUMAHAN DESA KEDA
LATAR BELAKANG
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar yang
dilengkapi dengan kemudahan awam berkualiti dan mencukupi serta menyumbang
kepada mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, sihat dan harmoni.
OBJEKTIF
- Objektif projek adalah untuk mewujudkan kawasan perumahan yang tersusun di luar bandar
- Memberi peluang berpeluang memiliki rumah kediaman sendiri yang lengkap dan selesa.
- Peningkatan taraf ekonomi dan kualiti hidup penduduk melalui perintegrasian projek-projek seperti Pasar Basah dan lain-lain serta mewujudkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan seimbang antara bandar dan luar bandar.
SKOP
- Projek ini bertujuan untuk membandarkan kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar
- Program ini dapat mempercepatkan proses pertumbuhan pekan-pekan kecil dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dan mencukupi