PROJEK PERTANIAN PETANI LUAR BANDAR (PPLB)

LATAR BELAKANG

Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB) adalah projek yang dilaksanakan oleh KEDA bagi membantu petani-petani dan penternak untuk menambah pendapatan mereka disamping ekoran kejatuhan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit serta untuk menangani kos sara hidup. Projek ini dilaksanakan di kawasan luar bandar melibatkan tanah-tanah terbiar di seluruh Negeri Kedah. Kumpulan sasar yang akan diberi bantuan di bawah projek ini adalah dari golongan miskin, petani, penternak dan nelayan, usahawan-usahawan, koperasi dan belia-belia di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF

 

  1. Menggalakkan peserta petani, penternak, nelayan, belia dan usahawan-usahawan serta koperasi melibatkan diri dalam projek pertanian, ternakan dan akuakultur secara komersial
  1. Menambah pendapatan petani di kawasan luar bandar
  1.  Membangunkan kawasan tanah terbiar dan kosong dengan aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur

 

SKOP DAN KOMPONEN

 

  1. Pembekalan Input pertanian
  1. Mesin dan Peralatan Pertanian dan Industri Asas Tani
  1. Kemudahan Infrastruktur
  1. Latihan / Kursus / Promosi / Pelaporan dan Lawatan

 

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Warganegara Malaysia
  1.  Berumur 18 tahun dan ke atas
  1. Mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan dan pertanian melebihi 2 tahun
  1. Mempunyai tanah yang bersesuaian dengan projek yang ingin dijalankan

 

CARA MEMOHON

 

  1.  Permohonan melalui : https://spbk.keda.gov.my
  2. Dokumen yang diperlukan:

–       Salinan Kad Pengenalan

–       Salinan Geran Hakmilik Tanah

–       Surat Kuasa / Surat Perjanjian (Jika Tanah Sewa)