PROJEK PEMBANGUNAN SAWAH DI KAWASAN WILAYAH KEDA

LATAR BELAKANG

Projek Pembangunan Sawah Di Kawasan Wilayah KEDA melibatkan kawasan seluas 202 hektar (500 ekar) untuk keseluruhan kawasan di negeri Kedah bagi RMKe-12. Kos pemulihan akan melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, membina sistem saliran, merata sawah, jalan ladang, membajak, pemulihan tanah, pagar kawasan serta lain-lain kerja yang berkaitan dan membekal input pertanian.

 

OBJEKTIF

  1. Memulihkan kawasan terbiar untuk ditanam dengan tanaman padi
  2. Menaiktaraf infrastruktur sawah yang akan dipulih dan yang telah dipulih seperti sistem saliran, jalan pertanian, pam air dan lain-lain kemudahan asas
  3. Merata tanah dan membajak serta pemulihan tanah supaya lebih subur dan mengeluarkan hasil yang tinggi
  4. Mengeluarkan beras yang selamat dimakan dan berkualiti serta mempunyai harga yang tinggi
  5. Membangunkan kawasan tanaman padi sebagai jaminan bekalan bahan makanan (food security).

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Memulihkan kawasan yang terbiar untuk ditanam dengan tanaman padi
  2. Menaiktaraf infrastruktur sawah seperti sistem saliran, jalan pertanian, pam air dan lain-lain kemudahan asas
  3. Pembekalan input pertanian.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1.  Warganegara Malaysia
  2. Pemohon sedia ada atau baru
  3. Mempunyai tanah hak milik sendiri atau tanah sewa dengan surat kebenaran Ketua Unit / Pengusaha bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek

 

CARA MEMOHON

Permohonan melalui : https://spbk.keda.gov.my