PROJEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN DESA DI NEGERI KEDAH (RUTDEP)

LATAR BELAKANG

Projek Pembangunan Pelancongan Desa di Wilayah KEDA (Rural Tourism Development Project – RUTDEP) merupakan projek pelancongan yang berteraskan aktiviti pertanian yang merangkumi sektor utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani. Projek ini dapat memberi manfaat serta limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui produk-produk hasil pertanian dan produk hiliran. Projek ini juga dapat melahirkan usahawan agropelancongan yang berpotensi dan berdaya maju.

 

OBJEKTIF

  1. Membangunkan kawasan luar bandar yang berpotensi dan mengoptimumkan penggunaan tanah untuk dijadikan pusat Agropelancongan
  2. Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat tani dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka
  3. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan melalui penglibatan dalam sektor pertanian dan industri asas tani berkonsepkan pelancongan
  4. Membantu meningkatkan aliran ekonomi negeri melalui kemasukan pengunjung dari dalam dan luar negara
  5. Menjadikan pusat Agropelancongan sebagai destinasi pilihan pengunjung/pelancong dari kawasan bandar dan luar negara

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Kerja-kerja menaiktaraf bangunan, landskap dan kemudahan asas
  2. Bantuan Input Pertanian serta Mesin dan Peralatan bagi Perusahaan berasaskan Pelancongan seperti produk kraftangan/kraftani
  3. Latihan/ Kursus/ Promosi/ Majlis/ Lawatan dan Pelaporan

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2.  Berumur 18 Tahun dan keatas
  3. Terbuka kepada Peserta / Pengusaha di dalam wilayah KEDA
  4. Projek telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 Tahun

 

CARA MEMOHON

  1.  Permohonan melalui : https://spbk.keda.gov.my
  2. Dokumen yang diperlukan:
    – Salinan Kad Pengenalan
    – Salinan Geran Hakmilik Tanah
    – Surat Kuasa / Surat Perjanjian (Jika Tanah Sewa)