PROJEK PENANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT TANAH KEDA

LATAR BELAKANG

Projek Pembangunan Tanaman Semula Kelapa Sawit akan dilaksanakan di empat kawasan projek iaitu :-

  1. a) Ladang Getah Sungai Tengas, Kulim
  2. b) Ladang Dingin, Kulim
  3. c) Ladang Carok Kelubi, Baling
  4. d) Ladang Rambong, Baling

Kawasan tapak projek ini adalah kawasan tanaman getah dan sawit yang mana pokok getah adalah tidak ekonomik lagi untuk diusahakan dari segi hasil.

Ladang sawit yang akan dibangunkan adalah untuk menyediakan aktiviti ekonomi kepada pemduduk-penduduk sekitar melalui peluang pekerjaan yang terdapay di ladang ini.

Projek ini juga memberi penekanan projek ekonomi, pembangunan infrastruktur, pembangunan manusia ke arah menyokong pengeluaran sawit di Negara Malaysia.  Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu galakan ke arah pengikhtirafan unit di samping memberi peluang pekerjaan kepada peserta miskin tegar / penduduk setempat.

 

OBJEKTIF

 

  1.  Membantu negara dalam industri sawit dan mengekal negara sebagai negara pengeluar minyak sawit utama di dunia
  1. Membantu memulihkan tanaman yang kurang berhasil kepada tanaman yang lebih ekonomik serta tana-tanah yang sedia ada dapat digunakan secara optima
  2.  Membantu Malaysia dalam menghasilkan bekalan minyak sawit yang mencukupi bagi pasaran domestik dan luar negara
  1. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan yang miskin untuk menambah pendapatan keluarga
  1. Memajukan kawasan luar bandar yang terpencil, mundur dan terbiar kepada kawasan yang ekonomi mapan, lengkap dengan prasarana fizikal.

 

SKOP DAN KOMPONEN

 

  1. Pembersihan dan penyediaan kawasan
  1. Membina teres
  1. Membina/menaiktaraf jalan ladang
  1.  Operasi tanaman sawit
  1. Membina setor/ pusat pengumpulan/ pejabat Pengoperasian ladang